Saturday, February 11, 2012

Ulasan : Kemaskini Nokia Belle

Belle membawakan peningkatan dan paparan yang baru jika dibandingkan dengan versi yang sebelum ini. Banyak maklum balas yang diterima mengatakan paparan Nokia Belle ini seakan-akan Android. Antara peningkatan pada Belle adalah pembaharuan pada widget, lebih banyak pilihan untuk penyesuaian, dan dan aplikasi serta fungsi NFC. Skrin utama ditambah dari 3 menjadi 6. Ianya memberi lebih ruang untuk pengguna yang banyak menggunakan aplikasi, widget dan memudahkan untuk mengakses aplikasi tersebut. Idea menambah skrin utama tersebut amatlah bagus kerana tidak perlu melakukan ‘flash’ pada peranti bagi berbuat demikian.

Ditambah dengan ciri baru iaitu bar status yang boleh diakses dengan meluncurkannya kebawah seperti yang terdapat pada sistem operasi Android dan iOS. Ianya memang dinanti-nantikan kerana ramai pengguna ingin mendapatkan capaian pada tetapan dan notifikasi dengan cepat. Jika Apple juga memasukkan fungsi tersebut pada iOS 5, mengapa tidak Nokia. Pada paparan menu pula, Nokia telah pun menyingkirkan folder supaya kesemua aplikasi dapat dilihat pada satu paparan sahaja dan tetapi, ianya tidak sesekali pun mengganggu prestasi peranti tersebut.

Walaubagaimanapun pengguna masih dibenarkan membuat folder bagi memudahkan mengkategorikan aplikasi tersebut. Apa yang kurang diminati untuk pembaharuan menu ini adalah perlu ‘tap & hold’ ikon aplikasi untuk mengubah susunan atau meletakkannya pada skrin utama. Selain dari masalah ini, ia juga tidak dibenarkan membuat folder didalam satu folder yang lain. Nasib baik fungsi carian pada bar navigasi disediakan. Mudah sikit nak cari aplikasi berkenaan. Bukan sahaja paparan yang diperbaharui. Nokia Browser juga diperbaharui dan kelihatan mempunyai bar navigasi baru yang lebih mesra.

Ia kelihatan lebih laju memuat laman web berbanding versi sebelum ini. Paparan split-screen juga akhirnya wujud apabila fungsi itu tidak dimasukkan pada sesetengah versi Symbian Anna. Untuk jumlah tetingkap yang boleh dibuka didalam satu masa ditambah menjadikan keseluruhannya 6 tingkap berbanding 3 tingkap yang dibenar pada versi sebelum ini. Malangnya, ianya masih belum boleh menyokong HTML5 sepenuhnya. Lain-lain perbaharuan yang dibuat adalah pada galeri, pemain muzik, pemain video dan bahagian kenalan. Kesemuanya membawakan perubahan pada paparan antaramuka.

Selain itu untuk bahagian pesanan atau mesej juga diberi paparan baru. Anda boleh memilih samaada untuk melihat dalam bentuk perbualan ataupun folder (inbox, outbox, dan lain-lain). Kesimpulannya, dari segi paparan antaramuka Nokia Belle ini kelihatan seakan-akan Android yang ada dipasaran. Mungkin masih ada beberapa kekurangan, tetapi ia memberikan pengalaman baru bagi pengguna Nokia/Symbian. Mungkin buat masa sekarang masih belum banyak aplikasi yang bersesuaian dengan Nokia Belle, tetapi anda boleh mencuba versi paling terkini untuk aplikasi yang anda mahu gunakan.

No comments: