Tuesday, February 14, 2012

LibreOffice 3.5 Dilancarkan

LibreOffice merupakan salah satu alternatif kepada Microsoft Office, dimana pembangunanya adalah daripada bekas kumpulan pembangun OpenOffice, yang memulakan langkah baru selepas Sun Microsystem yang menaungi pembangunan OpenOffice diambil-alih oleh Oracle. Kini, LibreOffice 3.5 telah pun dilancarkan secara rasminya untuk Linux, Mac OS X dan juga Windows. Melalui LibreOffice 3.5, ia terus membawakan peningkatan kestabilan aplikasi pejabat tersebut, selain membawakan beberapa perkara baru padanya. Ia didatangkan dengan empat aplikasi terbina, iaitu Writer (alternatif Word), Calc (alternatif Excel), Impress / Draw (alternatif PowerPoint) dan juga Base (alternatif Access). Setiap satu aplikasi didatangkan dengan penambahan tersendiri, seperti sokongan typografi yang lebih baik lagi untuk Writer, sokongan mengimport fail dari format lain, terutamanya Microsoft Office dan beberapa penambahan lain secara keseluruhan. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan dan menggunakan aplikasi pejabat percuma dan sumber terbuka ini, mungkin anda boleh mendapatkan LibreOffice 3.5 secara percuma.

No comments: