Sunday, January 8, 2012

Samsung Tidak Berhasrat Kemaskini ICS Pada Galaxy S

Sebelum ini tersebar berita Samsung akan memberikan kemaskini ‘value pack’ ICS kepada model Samsung Galaxy S, iaitu versi ‘ringan’ kemaskini ICS kepada telefon itu, namun semalam ada berita yang kurang mengembirakan kepada pemilik telefon itu apabila pihak jurucakap Samsung mengatakan mereka tidak merancang memberikan kemaskini itu, sebaliknya mungkin ada sedikit kemaskini yang di pertingkatkan dari versi Gingerbread. Sebelum ini samsung menjelaskan model Samsung Galaxy S tidak dapat di kemaskini ke ICS kerana masalah memori dan perkakasan telefon itu. Ini merupakan berita mengecewakan kepada pemilik model telefon berkenaan yang pernah menjadi satu telefon paling ‘top’ yang di keluarkan oleh Samsung dan merupakan ‘ibu’ kepada semua siri Galaxy.

No comments: