Lenovo Malaysia semalam mengumumkan sebuah tablet Android dalam siri Ideapad dengan nama model A1 untuk pasaran Malaysia. Apa yang menarik tablet yang dikuasakan dengan Android 2.3 Gingerbread ini dikatakan akan dijual dengan harga RM799, akan dipasarkan bermula pada Januari 2012. Tablet dengan ciri-ciri badan yang dikelilingi dengan material aloi magnesium ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 7 inci merupakan ahli ketiga dalam barisan keluarga Android tablet Lenovo. Di pasarkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih, ianya hanya seberat 400g dengan ketebalan 11.95mm. Ia turut mempunyai dua kamera dengan kamera hadapan 0.3 MP dan kamera belakang 3.0 MP. Namun ianya hanya menggunakan pemproses satu teras 1GHz Nvidia Cortex Tegra A8 dengan RAM 512MB dan memori dalaman 16GB.
Sunday, January 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment