Pembangun C3D memperlihatkan aplikasi pelancar mereka yang saya rasakan sangat menarik sekali persembahan videonya, yang diberi nama TSF Shell Pro 3D. Sukar untuk saya jelaskan betapa hebatnya pelancar ini yang tidak pernah saya lihat fungsinya yang sebegitu rupa. Walaupun pelancar ini mempunyai pelbagai fungsi yang sangat hebat, namun saya rasakan pembangun patut mencantikkan lagi antara mukanya, dan ikon-ikon yang digunakan patut ditukarkan agar nampak tak terlalu seperti ‘Android di masa awal’. Bukan meniru Apple, cuma perlu digilapkannya lagi, lain-lain saya rasakan inilah pelancar yang ingin saya gunakan dalam telefon saya, pasti ia nampak hebat dipandang oleh pengguna Android lain. Pada ketika ini, pelancar ini masih lagi aktif dalam peringkat pembangunan, dan tiada lagi tarikh diberikan ianya akan dilancarkan. Untuk sebarang info lanjut, lawati laman web mereka : TSF UI.
Sunday, January 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment