Laman web Android Developers sentiasa menjadi portal untuk mendapat sebarang pengetahuan dalam membangunkan aplikasi Android. Disitulah tempat anda memuat turun SDK, membaca pengumuman tentang pembangunan dan menerbitkan aplikasi anda sendiri. Bermula hari ini, laman web Android juga akan menyediakan tempat latihan untuk para pembangun aplikasi mereka. Reto Meier, Ketua Perhubungan Teknologi Pembangun Android mengumumkan, Android Training akan menjadi pusat koleksi latihan dalam talian percuma yang bertujuan membantu pembangun dengan pelbagai pertanyaan dan penyelesaian dalam membangunkan aplikasi untuk Android. Latihan mereka sediakan meliputi rekaan antaramuka untuk skrin, mendapatkan pendapatan dari aplikasi anda, dan pelbagai lagi topik-topik yang disediakan. Reto Meier berkata yang mereka ingin memberikan tunjuk ajar yang betul kepada para pembangun, dan mengharap agar pembangun dapat melihat ini sebagai pusat pendidikan mereka dalam mula membelajari pembangunan sesebuah aplikasi. Untuk melihat pelbagai latihan yang telah pasukan Android sediakan, pergi ke bahagian Android Training untuk info yang lebih lanjut.
Sunday, January 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment