Nokia N9 ialah telefon bimbit yang dikeluarkan Nokia bagi memperbaiki imejnya sebagai pengeluar telefon bimbit yang tidak mesra pengguna. Ketika diumumkan tahun lalu ramai peminat Nokia berharap peranti yang diperkasakan MeeGo Harmattan ini dapat membantu Nokia merampas semula kedudukan sebagai pengeluar telefon bimbit terbaik dunia. Ketika diumumkan, rata2 ulasan yang diterima adalah positif. Ramai yang sukakan antaramukanya yang mudah dan teratur. Dari segi spesifikasi N9 mempunyai perkakasan yang sederhana. Pemproses Cortex A8 1GHz yang digunakan satu generasi kebelakang dari apa yang ada dipasaran sekarang.
RAM 1GB memastikan N9 mampu melakukan pelbagai tugasan dengan mudah. Terdapat 2 pilihan storan terbina iaitu 16 atau 64 gigabyte. Untuk kedua2 versi tiada sokongan kad SD mahupun output HDMI. Bateri N9 juga tidak boleh dibuka dan ini menyukarkan keadaan jika telefon ini tergendala ketika digunakan. Dari segi pilihan warna pula terdapat empat pilihan warna untuk versi 16 GB iaitu Biru, Magenta, Hitam dan Putih. Untuk versi 64 Gigabyte pula hanya model bewarna hitam ditawarkan. MeeGo Harmattan dibina bagi memudahkan anda menggunakannya. Kesemua antaramuka dan aplikasi dibina supaya dapat digunakan dengan menggunakan sebelah tangan.
Aplikasi boleh ditutup dengan meggerakkan jari dari atas ke bawah skrin. Aplikasi yang aktif boleh diarahkan berfungsi di latar belakang dengan menggerakkan jari dari kiri ke kanan, kanan ke kiri atau atas kebawah. Jika anda mahukan OS yang minimalis & mudah, MeeGo Harmatan pastinya akan terletak ditangga teratas sekali. Bagaimana dengan aplikasi MeeGo di Nokia Store ? Perkiraan ringkas yang dilakukan terdapat 1000 aplikasi yang boleh dimuat turun. Nokia N9 menggunakan polikarbonat sebagai bahan binaan utamanya. Menurut Nokia ini mengurangkan masalah panggilan terputus kerana keseluruhan bahagian polikarbonat ini berfungsi sebagai antena.
Bahagian skrin yang melengkung juga mempermudahkan aksi “swipe” yang menjadi tarikan utama N9. MeeGo Harmattan dibina bagi mengurangkan keperluan menekan butang dari mana2 aplikasi. Aplikasi boleh ditutup atau diarahkan berfungsi dibahagian latar belakang semudah menggelongsorkan jari. Secara automatik anda akan dibawa semula ke paparan utama sementara aplikasi yang aktif tadi kini berfungsi dibelakang tanpa gangguan. MeeGo Harmattan mempunyai kemampuan pelbagai tugasan yang terbaik untuk digunakan. Aplikasi masih kekal aktif sungguhpun ianya berfungsi di latar belakang. Nokia N9 juga mempunyai kemampuan NFC dimana menyokong peranti seperti fon telinga, set Bluetooth dan pembesar suara.
Selain daripada itu fail2 didalam N9 juga boleh dikongsi ke peranti lain yang mempunyai kemampuan NFC. Seperkara lagi yang menarik tentang Nokia N9 ialah kelajuan kameranya. Nokia memang sudah terkenal dengan kemampuan optik mereka. Mengambil gambar adalah mudah dan cepat. Antaramuka operasi kamera juga dinaik-taraf dan jauh lebih cantik dari yang digunakan pada Symbian Anna. Kamera 8MP pada Nokia N9 masih tidak dapat menandingi kamera 12MP Nokia N8. Didalam kategori kamera 8MP pula, kualiti gambar N9 juga tidak sebaik Samsung Galaxy S2 dan iPhone 4S. Gambar yang diambil dalam keadaan terang kelihatan cantik walaupun sedikit kabur.
Dalam keadaan gelap pula gambar yang diambil mempunyai masalah noise dan grain yang ketara. Jika berbicara tentang Nokia adalah tidak lengkap jika aplikasi GPS Nokia Drive padanya tidak diulas, turut dikenali sebagai Ovi Maps. Jika anda mahukan sistem GPS dengan khidmat pemandu arah suara serta peta Malaysia yang paling tepat, Nokia Drive adalah yang terbaik boleh anda gunakan. Peta seluruh Malaysia juga sudah pun dimuat masuk secara percuma anda tak perlu menggunakan pelan data lagi Nokia N9 ialah sebuah telefon pintar yang sepatutnya bagus tetapi mempunyai kekurangan kerana ketiadaan sokongan dari pengeluar mahupun pembangun aplikasi.
Didalam pasaran telefon pintar sekarang terdapat peranti lain yang jauh lebih murah dan mampu melakukan lebih banyak perkara dari Nokia N9. Telefon pintar tanpa aplikasi yang menarik adalah seperti sebuah komputer tanpa program yang menarik. Yang tinggal cuma perkakasan yang tidak mampu melakukan apa2 yang produktif. Sungguhpun begitu jika anda masih mahukan telefon pintar yang mempunyai rekaan seperti N9. Tunggu sahaja Nokia Lumia 800 yang kelihatan serupa tetapi menggunakan WP7.5. Kalau tidak mahu menunggu lama beli sahaja Samsung Galaxy S2 yang kini mampu dimiliki oleh anda kerana harganya tidak banyak beza dengan N9 sekarang.

No comments:
Post a Comment