Selain daripada peranti Android, Samsung juga mempunyai sistem operasi yang dibangunkan mereka sendiri, iaitu BadaOS yang baru2 ini telah pun memasuki generasi kedua, iaitu BadaOS 2.0. Antara peranti baru yang dilancarkan bersama2 dengan sistem operasi baru tersebut adalah Wave 3 & Wave Y. Kedua2nya telah dilancarkan oleh Samsung secara rasminya pada 30 Ogos yang lepas. Samsung telah pun melancarkannya di Malaysia, membolehkan para pengguna tempatan yang berminat dengan BadaOS mendapatkannya. Melalui Wave 3, ia membawakan cip pemprosesan 1.4GHz, skrin WVGA Super AMOLED bersaiz 4-inci, kamera hadapan VGA dan kamera belakang 5-megapixel. Berbeza pula dengan Wave Y yang mana ditujukan kepada para pengguna muda pada harga yang amat mampu milik, membawakan skrin HVGA bersaiz 3.2-inci, kamera belakang 2 megapixel, cip pemprosesan 832MHz, dan pelbagai sokongan asas lain bersama2dengannya. Kedua2 peranti ini juga dilengkapi dengan sokongan permesejan ChatON yang ditawarkan oleh Samsung untuk pengguna BadaOS dan juga Android. Ia juga dilengkapi dengan antaramuka TouchWiz daripada Samsung. Samsung Wave 3 dijual di pasaran Malaysia pada harga RM999, manakala Samsung Wave Y dijual pada harga RM419.
Friday, December 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment