Saturday, December 24, 2011

IBM Meramalkan Teknologi Untuk 5 Tahun Akan Datang

Setiap tahun, IBM mengeluarkan ramalan dunia teknologi untuk lima tahun akan datang, dan untuk tahun ini, mereka turut sama telah memilih 5 teknologi yang akan mengubah hidup manusia dalam lima tahun akan datang. Mengikut ramalan pihak IBM, dalam tempoh kurang 5 tahun akan datang, penggunaan & penghasilan tenaga akan menjadi lebih efisyen dan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui akan terus maju, membolehkan tenaga yang dibazirkan digunakan secara optimum. Sebelum ini sendiri, pada tahun ini kita telah dapat melihat beberapa video konsep, termasuk untuk mengecas bateri telefon pintar menggunakan suara dan sebagainya. Selain daripada itu, sekuriti juga turut dijangka akan terus maju, dengan penggunaan biometric dan sebagainya, menjadikan data lebih selamat lagi. Mungkin kita akan dapat melihat teknologi pengimbasan cap jari, ataupun mata dengan lebih meluas berbanding sekarang. Bersama2 dengan ini semua, IBM turut sama meramalkan teknologi digunakan dalam membaca minda, teknologi mudah-alih yang lebih meluas, dan juga analitik yang lebih maju lagi.

No comments: