Monday, December 26, 2011

FookCover Menawarkan Gambar Menarik Untuk Timeline

FookCover merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web yang menyediakan pilihan gambar2 latar untuk digunakan pada Facebook Timeline para pengguna. Apa yang menariknya mengenai FookCover adalah, selain hanya menyediakan gambar bersaiz 851×315 pada laman mereka untuk digunakan oleh para pengguna, mereka turut sama menyediakan sokongan untuk pra-lihat gambar profil anda dengan menggunakan latar gambar yang dipilih. Segalanya dapat dipermudahkan dengan sokongan Facebook Connect, membolehkan anda membuat pilihan gambar dengan mudah. Buat masa ini, FookCover masih lagi pada peringkat beta, dan mungkin lebih banyak gambar akan ditambah oleh mereka dari hari ke hari, selain mereka yang berminat turut boleh menghantar gambar2 mereka untuk disertakan bersama pada laman tersebut. Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat lebih banyak laman2 seumpama ini muncul, menawarkan kandungan menarik untuk dikongsikan oleh para pengguna pada laman sosial terkemuka itu. Mungkin juga kita akan turut sama melihat pembangun tempatan turut menawarkan kandungan yang disesuaikan untuk para pengguna tempatan melalui laman2 seumpama ini.

No comments: