Entry ini amat bersesuaian kepada jejaka diluar sana yang masih single dan tercari2 pasangan hidup. Tidak dinafikan kadang2 agak sukar untuk mencari pasangan hidup yang sesuai. Namun persoalannya bagaimana untuk kita tahu sama ada seseorang wanita itu masih lagi single atau telah berpunya. Maka saya hendak kongsi sedikit tip kepada anda berkaitan ciri2 wanita yang masih single. Mungkin tip ini tidak terbukti secara keseluruhan, namun sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengenali ciri2wanita yang masih single, hehe
1. Memandang penuh “liar”
Terdapat perbezaaan antara wanita yang masih solo dengan wanita yang sudah memiliki pasangan iaitu melalui pandangan matanya. Sekiranya anda melihat wanita, matanya meliar melihat sekeliling, sebenarnya dia sedang mencari pasangan yang sesuai. Kalau anda bernasib baik, dia akan memandang anda. Jadi, cuba balas pandangannya, mungkin dia akan terhenti di situ. Bagi wanita yang memiliki pasangan pula, biasanya semasa mereka berada di dalam kumpulan, mereka tidak menunjukkan minat untuk mengenali mana2 lelaki dan bersikap acuh tak acuh.
2. Tersenyum ketika bersemuka dengan anda
Bila mata bertemu mata, pandangannya tepat ke mata anda dengan perasaan malu, dia mengukir senyuman kepada anda. Bukan senang untuk wanita memberikan senyuman kepada lelaki yang tidak di kenalinya. Lainlah jika dia cuba mengenali seseorang lelaki itu. Sekiranya dia tersenyum dan memandang anda tidak berhenti, bermaksud dia mahu mengenali anda. Kesempatan inilah yang perlu anda ambil, hehe
3. Senang bercakap dengan setiap lelaki
Wanita yang masih belum berpunya biasanya akan berbual dengan ramai lelaki. Sekiranya anda melihat dia bercakap dengan mana2 lelaki, sebenarnya ini menunjukkan wanita itu jenis yang terbuka dan senang di ajak berbual. Mungkin juga mereka ini bukan jenis yang banyak bercakap tetapi mereka cuba mendekati dan mengenali seseorang lelaki untuk dijadikan pasangan. Apa tunggu lagi, inilah isyarat untuk anda cuba mendekati dan mengenali dirinya dengan lebih lanjut.
4. Cemburu melihat pasangan lain
Sekiranya anda melihat seseorang wanita memerhatikan pasangan lain dengan riak wajah yang sugul, bermaksud dia juga berharap untuk mempunyai pasangan suatu hari nanti. Dia cemburu melihat orang lain sedang berbahagia dan bergembira. Jadi, saat inilah peluang anda untuk menghampiri dan berkenalan dengannya, mana tahu, jodoh anda dengan dia. Paling penting anda perlu cuba untuk mengenalinya. Okay, cukup la sekadar empat tip ini. Semoga tip ini dapat membantu untuk mengenali wanita idaman anda kelak.

No comments:
Post a Comment