Sunday, September 4, 2011

Tak Mustahil Ronaldo ke AC Milan

Untuk pancing Ronaldo perlukan tawaran besar gila. Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho percaya tiada pasukan di dunia yang mampu membeli Cristiano Ronaldo setelah presiden AC Milan, Silvio Berlusconi meluahkan minat memancing pemain kebangsaan Portugal itu. Saya tak katakan ia mustahil, kerana dalam bola sepak anda takkan tahu, dan presiden AC Milan, Silvio Berlusconi mampu buat tawaran gila. Namun ia perlu ‘betul2 gila’ kerana Real Madrid tak mahu jual Cristiano Ronaldo, kata jurulatih itu. Bekas pengurus Chelsea itu turut bercakap kepada laman web rasmi Real, dan memberitahu tentang apa jua perpindahan buat Ronaldo akan bergantung pada presiden kelab, Florentino Perez. Dia Ronaldo seorang pemain menakjubkan dan saya tak rasa ada sesiapa yang mampu bayar nilainya, namun hanya Florentino Perez ada kata putus tentang hal ini. Hanya presiden Real Madrid boleh hentikan minat Milan untuk beli Cristiano Ronaldo.

No comments: