Disebabkan saya ni seorang blogger yang juga mementingkan ciri2 keselamatan dalam penggunaan komputer. Maka saya buat khas post ini untuk rujukan semua atau yang mengendalikan di makmal komputer. Tapi yang mana yang pakai secara personal kat rumah tu suka hati korangla ye. Oleh itu, sesuai sangatlah artikel ini untuk pengurusan di Makmal komputer. Sesiapa boleh copy peraturan ini kemudian print dan tampallah kat makmal masing2 yea. Nak edit sikit boleh mengikut kesesuaian makmal masing2.
Peraturan Penggunaan Makmal Komputer :-
1. Semua pelajar dibenarkan masuk bila ada pensyarah.
2. Semua beg hendaklah diletak diluar makmal.
3. Semua makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk.
4. Jangan menanggalkan sebarang sambungan pada sistem komputer.
5. Sebarang peralatan dan perisian tidak dibenarkan bawa masuk dan keluar kecuali dengan kebenaran pegawai berkenaan.
6. Penggunaan sistem komputer adalah hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja.
7. Akses ke Internet perlu mendapat kebenaran pegawai.
8. Sebarang kerosakan, dilaporkan kepada pegawai yang bertanggungjawab.
9. Jangan buang sampah dimerata. Sila buang sampah di tempat yang telah disediakan.
No comments:
Post a Comment