Thursday, September 15, 2011

Blogger Kini Seramai 400 Juta

7 tahun lalu sebanyak 250,000 blog telah tersenarai seluruh dunia. Kini sudah mencapai ke angka 400 juta blogger. Begitu cepat pengguna ICT menjadikan dirinya sebagai seorang blogger. Penting buat mereka untuk sharing pendapat dan inginkan suara individu kedengaran ke seluruh dunia. Dunia kini inginkan maklumat yang cepat dan mudah sampai kepada mereka. Mereka bukan lagi golongan yang bab kata pepatah bagaikan katak dibawah tempurung, yakni tidak tahu apa2 tentang perkembangan dunia luar. Oleh itu ICT lah yang menjadi teras kepada maklumat anda selain dari televisyen dan radio. Kini ramai yang menjadi blogger. Mereka menjadi kepentingan antara blogger lain untuk sharing pendapat masing2 dan dunia perlu tahu akan perkembangan ini.

No comments: