Seluruh dunia berhadapan dengan kemajuan dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan yang rata2nya harus diberi tumpuan mendalam kerana membabitkan usaha menyelamatkan nyawa orang ramai. Atas dasar ingin meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan kepada orang ramai, satu persidangan dan pameran teknologi maklumat penjagaan kesihatan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Hampir 1,500 pakar dan profesional dari seluruh negara berhimpun di persidangan Healthcare IT Conference & Exhibition (HiMSS AsiaPac09) bagi membincangkan tentang penggunaan IT dalam bidang kesihatan dan menerapkan teknologi ini ke pusat2 kesihatan, klinik dan hospital.
Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Liow Tiong Lai berkata, persidangan dan pameran yang dijalankan ini bersesuaian dengan Rancangan Malaysia ke 9 untuk mengukuhkan sistem pengurusan maklumat kesihatan sebagai inisiatif meningkatkan sistem penghantaran kesihatan serta mengenalpasti status kesihatan rakyat Malaysia. Inisiatif ini termasuklah meningkatkan perhubungan secara digital, menaik taraf piawaian ICT seperti maklumat kesihatan, mengukuhkan pengurusan maklumat kesihatan dan memudahkan penyelesaian berdasarkan maklumat kesihatan yang nyata. Malaysia turut menyaksikan perkembangan ICT dalam Aplikasi Perdana MSC.
Ia menekankan Telehealth dengan cara memantau maklumat dan khidmat kesihatan secara maya bagi memudahkan penghantaran dan capaian maklumat yang segera. Aplikasi Telehealth yang diperkenalkan pada tahun 2000 mempunyai beberapa bahagian antaranya Teleconsultation, MyHealth Portal, Continuing Professional Development and Virtual Library Projects dan projek inisiatif Lifetime Health Record. Menurut Liow, perkhidmatan Teleconsultation berjaya melepasi jangkaan dan kini dikembangkan ke kawasan perkampungan. Ia berjaya dilaksanakan di 38 kawasan antara hospital kedua dengan ketiga. Kos yang bernilai RM6.3 juta berjaya menghubungkan 53 hospital.
Teleprimary Care (TPC) pula merupakan kelahiran pertama Kementerian Kesihatan Malaysia, berupaya untuk meluaskan pengurusan klinik secara elektronik dan sistem maklumat klinik. Projek ini yang diperkenalkan pada 07 Mac 2005 berjaya dikembangkan di 87 klinik dan 4 hospital seluruh negara dengan kos RM35.5 juta bagi meningkatkan sistem elektronik yang mencakupi 5 negeri iaitu Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Perlis dan Sarawak. Ketika ini, Kementerian Kesihatan giat meluaskan perkhidmatan TPC ke kawasan pedalaman dengan melaburkan 70 milion bagi memastikan penduduk di negeri Sabah, Sarawak dan Pahang dipantau kesihatannya.
Keluasan sesebuah negeri, kawasan yang tidak mempunyai pengangkutan awam dan masalah kewangan antara penyebab masalah kesihatan masyarakat semakin berleluasa di perkampungan dan desa tanpa mendapat perhatian pakar hospital. Faktor ini turut meningkatkan kehendak Kementerian Kesihatan ke arah perlaksanaa IT di kawasan perkampungan yang bukan sahaja menjimatkan kos malahan menjimatkan masa untuk mencari penyelesaian masalah. Sistem TPC dijadikan sebagai penghubung maklumat dan data pesakit di klinik pedalaman dengan hospital besar untuk memudahkan hospital mempunyai rekod kesihatan pesakit terbabit.
Walaupun segala maklumat penting mengenai pesakit boleh di pindah naik atau turun namun Kementerian Kesihatan tidak sama sekali mengabaikan faktor keselamatan data pesakit daripada digodam. Kerjasama dengan beberapa syarikat IT turut sama memudahkan pengurusan sistem TPC yang dipantau oleh kementerian itu sendiri seperti Komp@kar yang menyalurkan perkhidmatannya ke Hospital Putrajaya. Antara penyakit yang dikenal pasti maklumatnya di pandang serius oleh hospital yang terlibat dengan program TPC ini iaitu fairly medicine, obstetric and gynecology, pediatric occur, internal medicine, dermatology dan epidemiology.

No comments:
Post a Comment