Thursday, September 15, 2011

Kesan Microsoft Office Cetak Rompak

Microsoft menjangkakan lebih 60 % syarikat di negara ini masih menggunakan perisian Microsoft Office cetak rompak bagi menjalankan operasi organisasi dan ia dijangka meningkat sekiranya tidak dibendung. Sehubungan itu, gergasi perisian terbabit melancarkan program Kesan Office Asli (OGA) yang mensasarkan syarikat di negara ini agar memeriksa perisian Office mereka sama ada asli atau sebaliknya. Menurut Pengurus Kanan Pemasaran, Sistem Pejabat Microsoft Malaysia, Anabelle Co, berkata program terbabit bukan mencari salah atau menghukum syarikat tapi memberikan kesedaran mengenai kepentingan perisian asli memandangkan ia mampu mengelak jenayah siber yang menular apabila sebarang transaksi dokumen dilaksanakan. Kebanyakan syarikat boleh memeriksa sama ada perisian Office mereka asli atau tidak apabila sebaik mengklik ruangan di sebelah kanan antaramuka Windows yang mengeluarkan notis peringatan jika mereka mahu menyemak keaslian perisian. Menurutnya, program OGA diperkenalkan Microsoft memandangkan industri terkena pukulan hebat cetak rompak tanpa disedari pengguna yang tertipu dengan perisian dibeli. Inisiatif itu dilaksanakan sebagai pendekatan awal bagi membendung cetak rompak serta memaklumkan kepada pengguna jika mereka tertipu dengan helah penjual yang berpura2 menjual perisian asli. Microsoft mensasarkan pengurangan 10 % gejala cetak rompak mampu dikurangkan melalui inisiatif ini yang secara tidak langsung membantu meningkatkan kualiti perisian di sesebuah pejabat. Memang diakui masalah cetak rompak sukar dibendung tapi sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan ia tidak menjadi virus yang parah di kalangan masyarakat. Malaysia satu daripada 27 negara yang menyertai inisiatif ini yang mengesan perisian cetak rompak melalui sistem pengoperasian Windows.

No comments: