Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar, banyak persediaan yang perlu kita lakukan untuk menghadapi dunia yang serba mencabar pada masa sekarang. Dalam artikel yang serba ringkas ini saya lebih mengkhususkan kepada pelajar sains komputer kerana saya sendiri adalah seorang pelajar IT. Pelajar dalam bidang lain ataupun sesiapa sahaja boleh membaca artikel ini kerana penulisan artikel ini bersifat umum dan sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja. Orang lain belajar anda pun belajar. Tapi kehidupan anda sudah tentu tidak akan sama dengan mereka kan ? Anda yang akan menentukan hidup anda sendiri.
Bidang sains komputer ini sememangnya luas untuk diterokai. Jika anda seorang pelajar sains komputer, bersyukurlah kerana berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang ini. Bukan semua orang diberi peluang yang sangat berharga ini seperti yang anda dapat. Jika anda terlalu memikirkan soal susahnya belajar sains komputer memang anda tidak akan berjaya dalam bidang ini. Bidang ini mungkin tidak sesuai dgn diri anda. Maka anda perlu cari bidang lain yg lebih mudah & sesuai dgn diri anda.
Ini kerana bidang sains komputer ini adalah sangat mencabar dan orang yang tidak sukakan cabaran tidak akan dapat meneruskan cabaran ini. Cabaran dalam bidang sains komputer ini bukan sahaja semasa belajar tapi juga selepas anda belajar kerana persaingan dalam bidang sains komputer ini boleh dikatakan agak mencabar. Sebagai seorang pelajar bidang sains komputer ini anda perlu mempersiapkan diri anda untuk menghadapi realiti dunia sebenar yang lebih mencabar lagi. Dalam artikel ini saya ingin berkongsikan persediaan yg perlu ada dlm pemikiran seorang pelajar sains komputer.
1. Pengaturcaraan Komputer Adalah Seni Yang Hebat
Siapa cakap programming itu susah ? Haa memang akan susah jika anda tidak meminati subjek ini. Subjek programming merupakan mata pelajaran yang popular bagi seorang pelajar sains komputer. Jika orang lain yang tidak belajar sains komputer hanya tahu menggunakan komputer sahaja. Tapi anda lebih hebat kerana anda tahu apakah proses yang berlaku dalam komputer itu. Anda rasa hebat tak ? Anda memang hebat. Itulah kelebihan belajar pengaturcaraan komputer. Pengaturcaraan adalah seni yang hebat dalam sebuah komputer. Anda yang menentukan bagaimana sesuatu proses itu berlaku melalui program yang anda cipta. Ianya memerlukan anda untuk berfikir lebih mendalam lagi bagi menyiapkan sebuah program. Anda boleh menunjukkan kehebatan anda sebagai seorang pelajar sains komputer kepada orang lain melalui programming ini. Anda bukan hanya tahu main game tapi anda mampu mencipta game anda sendiri.
2. Jangan Terlalu Fikirkan Universiti Mana Tempat Belajar
Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana telah berjaya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak kiralah universiti mana atau mana2 sahaja tempat pengajian yang anda belajar. Anda perlu sentiasa bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar di situ. Bukan semua orang berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi seperti yang anda perolehi itu. Bersyukurlah dengan peluang yang diberikan. Anda memang seorang yang benar2 bertuah. Jika anda terlalu memikirkan tempat pengajian anda itu tidak terkenal, anda akan susah untuk berjaya. Tempat anda belajar tidak akan sesekali menjamin kejayaan dalam kehidupan anda. Ini kerana yang menjamin kejayaan dalam bidang anda adalah melalui sikap dan usaha anda sendiri. Biarlah di mana sahaja tempat anda diberi peluang untuk belajar. Tapi anda yang akan berusaha sendiri untuk menentukan kejayaan anda. Bukan disebabkan mana universiti tempat anda anda belajar itu. Universiti hanyalah tempat persinggahan untuk menimba ilmu pengetahuan di dalamnya.
3. Bukan Universiti Sahaja Sebagai Tempat Belajar
Tempat untuk belajar dan menuntut ilmu itu sememangnya sangatlah luas. Tidak terhad kepada universiti sahaja untuk meneruskan kejayaan dalam hidup anda. Biarpun anda tidak berpeluang untuk belajar di universiti seperti orang lain, janganlah anda cepat berputus asa. Teruskan menimba ilmu walau di mana sahaja anda berada. Jangan tersilap menganggap hanya universiti sahajalah sebagai satu2nya tempat untuk belajar. Universiti hanyalah hebat di mata manusia. Jangan terlalu memikirkan kepada pandangan manusia. Apa yang lebih penting anda belajar kerana Allah. Dialah yang maha berkuasa ke atas segalanya. Biar pun anda telah tamat belajar di universiti, itu tidak bermakna anda juga akan turut berhenti belajar. Ilmu Allah itu sangat luas dan berada di mana2 sahaja untuk anda terokai sendiri. Anda boleh belajar dan menimba ilmu pengetahuan dari orang lain yang boleh menjadi guru kepada anda. Anda boleh menimba ilmu sendiri dengan banyak membaca melalui buku2. Internet yang sangat luas juga adalah lubuk kepada ilmu pengetahuan ini. Carilah dan terokailah ilmu Allah yang luas ini.
4. Apa Yang Belajar Di Universiti Sebagai Bekalan Ilmu
Tempat belajar adalah satu tempah persinggahan untuk belajar dan menimba ilmu pengetahuan. Jadikan universiti sebagai tempat untuk anda mencari seberapa banyak ilmu yang anda mampu perolehi di dalamnya. Ini kerana ianya akan menjadi bekalan kepada diri anda selepas tamat belajar dari universiti nanti. Jangan sesekali mensia2kan peluang berharga yang anda perolehi ini. Jika anda tidak mahu menimba ilmu pengetahuan maka anda juga yang akan rugi. Banyak bekalan ilmu yang anda perolehi dari universiti ini akan menjadikan diri anda lebih berjaya dalam hidup ini. Realiti di alam pekerjaan adalah berbeza sama sekali dengan apa yang anda belajar semasa di universiti. Gunakan segala ilmu yang anda perolehi untuk menghadapi realiti dunia sebenar & seterusnya dapat memberi manfaat kepada diri anda sendiri & juga org lain.
5. Jangan Berhenti Belajar Dan Menuntut Ilmu
Kita sememangnya sebagai seorang manusia perlu terus belajar dan terus belajar sampai bila2. Tiada istilah kita telah tahu semua perkara dalam hidup ini. Ini kerana manusia tidak akan tahu semua perkara dalam hidup mereka. Tapi kita hendaklah sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dalam diri kita. Anda telah dilahirkan untuk belajar sejak dari kecil lagi sehinggalah anda mampu mengenal dunia hari ini. Anda perlu sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan bagi menjadikan diri anda sebagai insan yang berjaya didunia dan juga akhirat. Menuntut ilmu itu satu kewajipan untuk memandaikan diri anda. Jika tidak anda akan menjadi seorang yang jahil dalam setiap tindakan yang anda lakukan. Untuk lebih berkat sesuatu ilmu yang anda ada, anda hendaklah mengamalkan ilmu2 yang anda tahu itu dalam kehidupan anda. Anda juga boleh mencurahkan ilmu itu kepada orang lain dengan mengajar ilmu yang anda ada supaya ia akan dapat memberi manfaat kepada diri anda sendiri dan juga orang lain. Biar semua orang sama2 mendapat manfaat.

No comments:
Post a Comment