Monday, August 22, 2011

Jom Pecahkan Rekod Dunia Bersama Angry Birds!

Siapa yang tak kenal dengan Angry Birds ? Permainan lontar burung yang paling popular di smartphone dan kini berada di PC juga. Mengisahkan sekumpulan burung yang marah kerana telur mereka di curi oleh watak 'oink oink' hijau. Kini, Angry Birds tampil dengan pelbagai versi yang bukan sahaja mempunyai watak oink oink itu, malah monyet gila pun menjadi bahan sasaran Angry Birds dalam permainan Angry Birds RIO. Baru2 ni, saya telah berkunjung ke Sungei Wang Plaza untuk memburu HTC Flyer untuk direview.

Masa jalan2 kat sana, terberhenti la dekat kedai Nokia ni. Kat situ, saya tertarik dengan satu flyer yang berkaitan dengan Angry Birds. Yayyy, Nokia Malaysia ajak pecahkan rekod dunia bersama Angry Birds ! Nokia Malaysia menganjurkan acara World's Biggest Angry Birds Playground untuk memecahkan Guinness World Record bersama Angry Birds. Pada masa tu, rekod dunia yang perlu dipecahkan berdasarkan 'Most People Playing in a Mobile Phone Game Relay'. Bermakna, lagi ramai, lagi besarlah rekod tu.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai acara ni, boleh mendaftarkan diri anda di halaman http://www.nokia.com.my/angrybirds. Penyertaan adalah percuma yeaa. Pelbagai hadiah yang menarik menanti korang yang datang. So bagi korang yang mempunyai permainan Angry Birds dalam handphone tuu, jom kita join ramai2. Yang takde or tak support Angry Birds dalam handphone, boleh join sekali, maybe kat sana nanti diorang akan bagi korang main permainan Angry Birds versi PC. So, senang cerita, datanglah beramai2 yerkkk !

No comments: