Adakah manusia yang mempunyai kuasa luar biasa seperti Superman, Spiderman, Cicakman, Boboiboy mahupun Hantu Kak Limah ? Adakah orang yang handal bertarung seperti Jet Li, Bruce Lee, Jackie Chan, Tony Jaa dan Chef Wan ? Adakah manusia yang bijak pandai macam Albert Einstein, yang kaya dan harta menimbun macam Donald Duck Trump, ataupun yang mempunyai kuasa besar seperti Barack Obama ? Atau kerajaan kita yang sangat murah hati menghulurkan bantuan kepada rakyat ? Sebenarnya, manusia luar biasa ialah orang yang berbuat baik kepada orang yang jahat kepadanya.
Paling tidak dia doakan kebaikan mereka. Kasih sayangnya terserlah kepada sesiapa saja. Sifat pemaaf menjadi amalan dalam hidupnya. Jika ia bersalah ia meminta maaf. Dia boleh menahan marah atau disembunyikannya. Sentiasa bersabar, merendah diri dan bersopan santun menjadi budaya. Tidak mempunyai kelulusan PhD iaitu perasaan hasad dengki dan tidak pernah menghina orang lain. Dia juga mudah simpati dengan orang susah. Melihat penderitaan orang lain sudah cukup membuatkan dia merasa bersalah.
Kekayaan yang diperolehi diagih2 kepada manusia. Pemurah namanya. Terutama pada fakir miskin dan membantu membayarkan hutang mereka dan tidak ada perkataan tamak dalam kamus hidupnya. Tidak mengharapkan apa2 balasan kerana tulus ikhlas hatinya. Kesenangan orang lain dia tumpang gembira. Inilah dia manusia wira atau luar biasa. Tapi tidak pernah dia diberi pingat oleh sesiapa. Apatah lagi mengejar pangkat, darjat dan juga nama. Kerana terlalu ikhlas ingin berbakti. Realitinya, memang susah untuk kita bertemu dengn manusia luar biasa ini. Dialah superhero sebenar.

No comments:
Post a Comment