Sunday, August 28, 2011

Pengenalan Membina Web

Anda ingin membina sebuah laman sesawang tetapi dari mana anda ingin mulakan. Jangan bimbang dengan sedikit ilmu yang akan saya kongsikan dengan anda, saya seorang newbie apa yang dikongsi sekadar perkongsian bersama. Ilmu yang dikongsi insyAllah akan berkekalan sampai akhir hayat, oklah pertama2 kali apa yang selalu bermain2 dalam kotak pemikiran anda iaitu : Dari mana hendak saya mulakan ? Apa yang perlu saya tahu untuk membuat web ? Apa yang perlu saya guna untuk membuat web ? CMS ? Drupal ? Joomla. Apa itu ? Keselamatan Web saya macam mana ? Hosting yang mane sesuai ?

Dalam membina laman web apa yang perlu anda ketahui iaitu : Memahami berkaitan HTML, CSS, PHP juga seangkatanya. Mula menggunakan blogspot.com, disana banyak perkara anda akan belajar. Mula mencari hosting provider yang menyediakan hosting percuma,bertujuan memahami function setiap panel hosting. Mengunakan perkhidmatan Google. Jom belajar sama2, saya sendiri pun masih belajar. Mesti ada yang masih pening2 lalat kan. Dimana hendak mulakan belajar berkaitan HTML, CSS, PHP dan seangkatan, ok bagi tidak memeningkan anda dibawah saya pecahkan kepada beberapa cabang dalam membina laman web.

1. Blog :
Jika anda ingin membuat blog peribadi atau blog perkongsi sesuatu, anda tidak perlu banyak memahami coding, anda hanya perlu memahami HTML dan juga CSS, disamping itu anda boleh menggunakan perkhidmatan dari blogspot.com. 2. Portal : Membina portal tidak memerlukan pengetahuan yang tinggi kerana sudah terdapat koding yang sudah siap seperti Drupal, Joomla, XOOPS, serta PHP Nuke. Walau bagaimanapun, pengetahuan yang tinggi dalam bidang PHP akan dapat membantu anda membuat modul2 anda sendiri.

3. Forum : Forum juga seangkatan seperti blog, gunakan koding yang sudah siap seperti Vbulletin dan phpBB. Berkenaan dengan antaramuka forum pula, pengetahuan sedikit dalam CSS sudah cukup. 4. Laman web peribadi : Laman web peribadi dimulai dengan kosong, untuk membina laman web ini penegtahuan dalam HTML dan CSS amat2lah penting. 5. Portal Perniagaan : Portal perniagaan anda boleh menggunakan cms seperti joomla, drupal, e-commer, opencart dan seangkatan. Jika anda sudah mahir dalam PHP dan SQL, mulakan dari kosong adalah terbaik.

Apakah aplikasi yang digunakan ?
1. Dreamweaver : Dimana terdapat bermacam2 aplikasi dalam membina laman web.
2. Photoshop : Dimana satu aplikasi dalam membina layout template, terdapat banyak aplikasi dalam membina melakar template website seperti paintshop pro atau framework.
3. Notepad : Saya lebih suka menggunakan notepad untuk kerja2 pengubahsuai koding yang ringkas. Pastikan akan mahir dalam HTML dan CSS untuk menggunakan notepad.

Bagaimana pulak dengan keselamatan web ?
Kalau digodam itu kebiasaan, tiada satu laman web tidak pernah digodam. Saya masih baru dalam bidang security laman sesawang. 1. SQL Injection : Teknik ini digunakan untuk mencapai pangkalan data anda dan membuat kerosakan pada data. Jika keadaan lebih teruk, pangkalan data anda mungkin dipadam. 2. Brute Force : Teknik ini digunakan untuk memecahkan kata laluan anda.

Bagaimana pulak dengan hosting ?
Hosting adalah salah satu tempat anda menyimpan segala maklumat berkaitan laman sesawang, anda tidak perlu bimbang di Malaysia terdapat banyak syarikat hosting provider. Pilih jew mane yang sesuai dengan web anda, contohnya TM.Net. Hope apa yang saya kongsi mendapat manafaat bersama, kalau ada yang silap harap diperbetulkan, saya masih muda mentah dalam dunia web development :). Jika anda ingin berkongsi sesuatu sila ke ruangan komen dibawah.

No comments: