Kata laluan merupakan pengesahan penting untuk setiap akaun yang dibuka oleh pengguna. Kebiasaannya, akaun yang melibatkan kata laluan seperti emel, Facebook, twitter, forum, mesin ATM dan lain2 lagi yang seumpama dengannya. Kata laluan berfungsi untuk menjamin keselamatan akaun yang dibuka oleh pemilik daripada dicerobohi. Hanya identifikasi pengguna (ID) dan kata laluan yang berpadanan sahaja yang akan diberi kebenaran oleh pelayan untuk mengakses sebarang maklumat di dalam akaun pemilik. Jika sebaliknya, pelayan tidak akan memberikan kebenaran.
Mencipta ID dan kata laluan
ID dibentuk menerusi angka dan abjad (Alphanumeric), iaitu gabungan abjad (a-z, A-Z) atau angka (0-9). Nama pengguna mestilah dimulakan dengan abjad dan disarankan agar menggunakan nama yang berkaitan dengan diri saudara. Contohnya, Yamato atau AlibinAbu. Kata laluan yang dicipta biasanya berkait rapat dengan diri saudara seperti tarikh lahir, nombor plat pendaftaran kenderaan, nombor telefon, nama isteri, nama ibu dan sebagainya. Contohnya, 31081980, zaleha, ADK1800.
Kecuaian mencipta kata laluan
Penceroboh dan pemecah kata laluan mampu membuat tekaan rambang kata laluan yang digunakan oleh saudara sekiranya tahu tarikh lahir, makanan kegemaran saudara dan banyak lagi. Apatah lagi sejak kemunculan perisian2 pemecah kata laluan, hal ini memudahkan lagi kerja2 penjanaan kata laluan secara automatik. Penceroboh hanya perlu menjalankan perisian dan meminum teh sambil menggoyangkan kaki sahaja.
Bagaimana penceroboh mendapatkan kata laluan ?
Sebagai contoh, saudara menggunakan “safwan” sebagai kata laluan. Maka, terdapat 6 huruf. Ini bermakna terdapat 26 x 26 x 26 x 26 x 26 x 26 = 308,915,776 percubaan atau kemungkinan untuk memperolehi kata laluan saudara. Jika saudara menggunakan gabungan huruf besar dan huruf kecil termasuk nombor, kemungkinan tekaan untuk setiap huruf bagi kata laluan saudara ialah 26 + 26 + 10 = 62. Contohnya, “SaFwaN88”. Kemungkinan tekaan menjadi 62 x 62 x 62 x 62 x 62 x 62 x 62 x 62 = 218,340,105,584,896. Sekiranya, kata laluan saudara digabungkan dengan karakter khas seperti &, %, $, # dan *. Dianggarkan lebih kurang 21 karakter khas kesemuanya. Maka, kemungkinan untuk meneka kata laluan bagi setiap huruf meningkat menjadi 26 + 26 + 10 + 21 = 83. Contohnya, “S4fw@N”. Kemungkinan tekaan menjadi 83 x 83 x 83 x 83 x 83 = 3,939,040,643.
Langkah keselamatan
Oleh yang demikian, saya menyarankan kepada pembaca supaya membina kata laluan atau mengubah yang sedia ada kepada yang lebih selamat dan diyakini keutuhannya. Gabungan huruf besar-kecil, nombor dan karakter khas menjadikan kata laluan saudara sukar dicerobohi oleh penceroboh. Bagi akaun syarikat atau organisasi pula mestilah dikemas kini atau ditukar kata laluannya setiap minggu atau bulan untuk menggagalkan usaha penceroboh mendapatkan kata laluan. Jangan catatkan kata laluan di atas kertas, di komputer atau disimpan di dalam dompet. Paling penting, jangan terlupa kata laluan yang dicipta sendiri !

No comments:
Post a Comment