Thursday, August 18, 2011

Rangking Top 3 Pengeluar Smartphone, Kejatuhan Nokia

Selama 15 tahun, Nokia telah memegang title sebagai pengeluar utama telefon bimbit dan smartphone. Namun, kedudukan mereka pada tahun ini telah berubah dengan mendadak dengan persaingan daripada pengeluar lain. Nokia dikatakan jatuh tangga ke-3 sebagai pengeluar smartphone dengan Samsung menduduki tempat pertama dan Apple tempat kedua. Sebelum ini, Nokia mengumumkan kerjasama dengan Microsoft dan akan mengeluarkan smartphone yang beroperasi menggunakan windows 7 menggantikan sistem operasi asal mereka, Symbian. Akibat pengumuman ini, telefon bimbit keluaran Nokia yang kini berada dipasaran dilihat mendapat pasaran yang sangat rendah. Pengguna tidak mahu menggunakan sistem operasi yang akan dihentikan. Walaupun Nokia masih lagi menunjukkan minat terhadap sistem operasi mereka dengan mengumumkan Symbian Anna, namun pengguna nampaknya lebih berminat menggunakan peranti yang dikuasai dengan Android. Beberapa kekeliruan timbul apabila Nokia sebelum ini mengumumkan kerjasama dengan intel untuk membangunkan Maemo, tetapi kini lebih tertumpu kepada Windows Mobile 7.

No comments: