Thursday, August 18, 2011

5 Alasan Yang Baik Sekiranya Anda Ingin Berkahwin

1. Bijak untuk bekerjasama terhadap perbezaan masing-masing
Kajian menunjukkan bahawa salah satu faktor yang menyebabkan sesuatu hubungan itu kekal berpanjangan adalah kerana kebolehan untuk menyelesaikan konflik. Semua hubungan mempunyai konflik dan anda seharusnya tidak kesal terhadap konflik yang wujud kerana ia adalah lumrah perhubungan. Apa yang lebih penting adalah untuk bekerjasama melengkapi perbezaan diri masing2, mengatasi konflik, dan bersetuju untuk tidak melakukan kesalahan yang lepas. Pasangan yang mencetuskan kemarahan dan kebencian di antara satu sama lain atau tidak dapat memahami mengenai perbezaan diri mereka, sering tidak dapat mengekalkan perkahwinan.

2. Berkongsi minat yang sama
Jika pasangan suami isteri berkongsi minat yang sama, keakraban hubungan itu akan lebih mendalam. Tetapi minat yang dimaksudkan bukanlah sesuatu yang khusus, sebagai contoh isteri gemar untuk menanam pokok bunga tetapi suami sebaliknya. Walaupun suami tidak minat untuk menanam pokok bunga, beliau membantu isteri untuk melakukan kerja2 yang berat ketika proses penanaman. Dengan erti kata lain mereka telah berkongsi minat yang sama. Begitu juga sekiranya suami gemar untuk menonton bola sepak tetapi isteri tidak, mungkin isteri boleh menemani suami ketika menonton bola walaupum mereka tidak minat.

3. Saling memerlukan
Seorang manusia tidak dicipta untuk melakukan keseluruhan kerja, sebaliknya manusia dicipta untuk mencari pasangan/pasukan untuk saling membantu menghadapi segala cabaran dan dugaan di dalam hidup. Sekiranya perkahwinan adalah disebabkan keperluan untuk memenuhi segala kekurangan yang ada, ia kebiasaannya akan kekal lama. Ini adalah kerana ia bermakna anda sudah menerima pasangan anda seadanya dan saling memerlukan antara satu sama lain.

4. Pasangan terlibat didalam perancangan masa depan
Sekiranya anda merasakan masa depan akan berlaku dengan sendirinya tanpa perancangan, semestinya anda silap. Facebook tidak akan ada seperti sekarang sekiranya ia tidak dirancang beberapa tahun yang lepas. Begitu juga perhubungan. Sekiranya anda melibatkan pasangan anda didalam perancangan masa depan, ia adalah alasan terbaik untuk berkahwin. Mungkin anda memerlukan seorang yang menjaga makan minum atau pakaian kerana anda semakin sibuk dengan kerja. Dan untuk merealisasikan perancangan itu, anda memerlukan seorang teman hidup. Ia akan mengajar anda untuk lebih menghargai pasangan anda.

5. Anda membuat satu sama lain berasa istimewa
Persoalan ini agak sukar dihuraikan kerana tiada jawapan yang khusus padanya. Mungkin anda berasa pelik mengapa anda berasa amat selesa apabila meluangkan masa bersama seorang lelaki dan berasa kurang selesa apabila meluangkan masa bersama lelaki yang lain walaupun layanan yang diberikan hampir serupa. Sekiranya seseorang lelaki atau wanita mampu untuk membuat anda merasakan istimewa, mereka adalah pasangan yang terbaik untuk anda.

No comments: