Tuesday, August 30, 2011

Nuri sahin sertai Real Madrid

Pemain muda berbakat berkelahiran Turki ini bakal menandatangani kontrak bersama pasukan terkemuka Sepanyol iaitu Real Madrid. Nuri Sahin yang berusia 20 tahun bermain di bahagian tengah bagi pasukan Borussia Dortmund di kelab Jerman. Pemain ini dijangka bakal mengikut jejak langkah pemain senegaranya iaitu Mesut Ozil dan Sami Khedeira. Aitor Karanka (Pembantu jurulatih Real Madrid) berkata perpindahan ini bakal memberi sinar baru dan memberi kesan positif terhadap pasukan bagi menyaingi kelab handalan lain di eropah. Nuri Sahin bakal menandatangani kontrak pada musim panas ini jika tiada sebarang masalah terhadap perpindahannya.

No comments: