Tuesday, August 30, 2011

AC Milan : Scudetto 10/11

Kekecewaan berterusan buat semua fan Juventus yang begitu mengharapkan ketandusan piala selama 6 musim akan berakhir namun sebaliknya ia berterusan. Namun syabas diucapkan kepada AC Milan, kelab yang kedua disokong sejak dahulu kerana berjaya memenangi liga Serie A baru2 ini. Kali terakhir AC Milan memenangi piala liga ialah pada musim 2003/2004. Pembelian bernilai buat AC Milan iaitu kemasukan Ibrahimovic dan Cassano pada penulis merupakan tunjang utama kepada kemenangan liga Serie A kali ini. Sekali lagi, syabas diucapkan kepada AC Milan, piala tersebut sedikit sebanyak dapat menyejukkan hati penulis setelah berduka sekian lama dengan Juventus.

No comments: