Seorang lelaki sekiranya menjadi suami, dia juga bakal menjadi ketua keluarga dan pendidik kepada isteri. Lelaki yang matang dan mempunyai sifat pendidik amat disukai oleh wanita. Wanita mengharapkan lelaki yang mampu membawa mereka kepada kehidupan yang baik. Sifat pendidik sebenarnya ada pada lelaki yang bertanggungjawab dan matang. Wanita melihat bagaimana seseorang lelaki mengurus dirinya, kerjayanya dan menilai sejauh mana lelaki itu boleh mendidiknya. Apabila seseorang wanita berkahwin, sebenarnya mereka menukarkan hero hidup mereka daripada ayah kepada suami. Sudah tentu mereka mencari seorang lelaki yang boleh mendidik mereka seperti ayahnya mendidiknya.
Friday, August 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment