Friday, August 19, 2011

Buatkan Lelaki Gembira

Baru abis vaccuum bilik mak dan kemas rumah. Penat ? Berpeluh ? Busuk ? Semua ada kat badan ni. Baru tahu penat menjadi seorang anak yang kena jaga emak. Lepas tu jaga rumah lagi pastu berkerja lagi pastu nak rehat lagi pastu tanggungjawab untuk adik, lagi lepas tu, lepas tu. Ok tajuk kat atas mengenai cara nak buatkan lelaki gembira. Seperti yang kita faham bahawa lelaki ni perlu difahami dan bukan perlu dicintai. I Love You, You Love Me. Tu umpama tidur bagi lelaki kerana perkataan tidak memberi kesan yang mendalam untuk mereka.

Kalau perkataan tak bagi kesan, nak buat macam mana ? Yang paling berkesan adalah melalui tindakan. Lelaki akan berasa bebas dan gembira sangat kalau perempuan itu tidak memaksa melakukan sesuatu. Apabila lelaki tidak dipaksa, mereka rasa dihargai kerana ia dianggap sebagai perempuan memahami mereka. Dengan cara ni, lelaki akan lebih menyayangi perempuan yang tidak memaksa dan mereka sentiasa berada dalam keadaan yg gembira. Selain itu tunjukkan yg anda sgt sayang kepada lelaki anda.

Tapi bukan dengan perkataan I Love You so Much. Sekali sekala takpe la nak ucap macam tu tapi kalau selalu memang jadi tidak menarik kerana lelaki tidak tertarik dengan hanya pertuturan. Murahkan senyuman apabila bertemu dengan lelaki dan ketika lelaki bercakap, fokus dan tumpu pada mereka kerana apa yang anda lakukan itu akan ditafsir oleh lelaki sebagai Betapa perempuan ini memahami aku. Percaya ke dengan entri kat atas ?Saya main goreng je. hahaha, Tapi siyers, lelaki lebih suka tengok perempuan senyum berbanding perkataan.

No comments: