Saturday, August 27, 2011

Kelebihan Dan Kelemahan Android

Sistem Operasi Google Android di handphone memang masih baru, namun demikian Sistem Operasi Android telah mengalami perkembangan yang cukup pesat. Dicipta sebagai tandingan iOS, Android menunjukan grafik perkembangan yang baik, ini tentu menyebabkan kebanyakkan pengeluar handphone berlumba2 untuk menghasilkan produk yang berasaskan OS android ini. Jika Anda bercadang membeli sebuah handphone Android dan ingin tahu apa kelebihan dan kekurangannya, berikut ini beberapa kelebihan dan kekurangan operasi Android.

Kelebihan Handphone Android
1. Hand phone Android boleh menjalankan pelbagai aplikasi, ini bermakna anda boleh browsing, Facebook sambil mendengar lagu.
2. Setiap ada SMS, Email, atau bahkan artikel terbaru dari RSS Reader, akan selalu ada notifikasi di Home Screen handphone Android, tak ketinggalan Lampu LED Indikator yang berkelip2, sehingga Anda tidak akan terlewat walau satu SMS, Email ataupun Misscall sekalipun.
3. Akses Mudah terhadap Ribuan Aplikasi Android melalui Google Android App Market. Kalau Anda senang install aplikasi ataupun games, melalui Google Android App Market Anda boleh mendownload berbagai aplikasi dengan percuma. Terdapar ribuan aplikasi dan games yang siap untuk Anda download ke handphone Android.
4. Pilihan handphone yang berbagai2. Bercakap mengenai handphone Android, akan terasa ‘bebeza’ dibandingkan dengan iOS, jika iOS hanya terbatas pada iPhone dari Apple, tetapi Android tersedia di HP dari berbagai pengeluar, mulai dari Sony Ericsson, Motorola, HTC sampai Samsung. Dan setiap HP Android dengan datang dengan gaya masing2, seperti Motorola dengan Motoblurnya, Sony Ericsson dengan TimeScapenya. Jadi Anda boleh memilih HP Android sesuai dengan pilihan mereka.
5. Boleh menginstal ROM yang dimodifikasi. Tak puas dengan tampilan standard Android, jangan bimbang kerana ada banyak Costum ROM yang boleh Anda guna di HP Android.
6. Dengan adanya Widget di homescreen, Anda boleh dengan mudah mengakses berbagai setting dengan cepat dan mudah.
7. Google Maniak. Jika Anda pengguna setia layanan Google mulai dari Gmail sampai Google Reader, HP Android telah terintegrasi dengan layanan Google, sehingga Anda boleh dengan cepat memeriksa email dari Gmail.

Kekurangan Handphone Android
1. Memerlukan sambungan Internet yang terus menerus. Kebanyakan HP Android memerlukan sambungan internet yang sentiasa aktif. Kena ada duit lebih sikit la kalau nak gunakan HP Android ni.
2. Aplikasi di HP Android memang boleh didapatkan dengan mudah dan percuma, namun masalahnya di setiap Aplikasi tersebut, akan selalu ada Iklan yang terpampang, entah kat atas atau kat bawah aplikasi.

No comments: