Wednesday, August 31, 2011

Portable Anti-Virus : Buatan Tempatan

Siapa sangka, di Malaysia juga turut mempunyai individu2 yang berbakat dalam bidang pengaturcaraan untuk membina antivirus tersendiri. Nama2 seperti ApoNie, Alternator, Neology, Zetex dan Masokis cukup sinonim dalam kalangan pencipta antivirus tempatan. Walaupun hasilan produk mereka tidak sehebat jenama gergasi seperti Norton, Kaspersky dan Bidefender, sekurang2nya beberapa virus, malware, adware dan spyware yang merebak di sekitar Malaysia dan Indonesia yang tidak ditangani oleh antivirus terkemuka, mampu dikesan dan dihapuskan oleh antivirus2 hasilan tempatan ini. Kelebihan yang ditawarkan oleh antivirus tempatan ialah percuma, bersifat mudah alih, mesra pengguna, mudah dikendalikan & bersaiz kecil. Ia tidak berlaku konflik sekiranya digunakan bersama2 antivirus terkenal. Walaubagaimanapun, kelemahan ketara yang didapati pada semua antivirus tempatan ini ialah lewat menyediakan kemaskini definisi antivirus masing2. Barangkali faktor hasilan oleh individu, kesenggangan masa, kekurangan peruntukan, sokongan dan publisiti sedikit sebanyak merencatkan keupayaan antivirus2 ini menyerlah di peringkat yang lebih tinggi. Portable Antivirus (PAV) telah dihasilkan oleh Nur Mohammad Kamil bin Mohammad Alta atau lebih dikenali sebagai Alternator. Ketika artikel ini ditulis, PAV sudah dimuat turun sebanyak 191,456 kali dan mendapat undian sebanyak 4.1/5 daripada 332 orang pengguna di Softpedia. Muat turun PAV : Versi 1.5 | Versi 1.6

No comments: