Mungkin ada yang bercadang untuk membeli komputer baharu untuk kegunaan peribadi atau menggantikan sistem komputer yang sedia ada yang tidak sesuai digunakan pada hari ini. Kebiasaannya, persoalan yang timbul ialah sama ada mahu membeli komputer meja, komputer riba atau netbook ? Bagi yang berkemampuan, barangkali tiada masalah. Namun, bagi yang tidak berkemampuan, saudara perlu tahu kegunaan dan keperluan jenis komputer yang bakal dibeli terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli. Membuat pilihan bijak sememangnya penting kerana saudara akan menghabiskan wang ribuan ringgit. Jika tersalah langkah, pelaburan menjadi sia2 dan saudara akan menyesal di kemudian hari. Sebelum saudara pergi ke Lowyat, Digitall Mall, atau mana2 kedai komputer, kita perlu memahami terlebih situasi perkembangan komputer pada hari ini. Secara tidak langsung, saudara dapat menjangkakan keperluan dan situasi 5 tahun akan datang. Sebagai contohnya, Windows 7 telah mula di pasaran sejak akhir Oktober yang lalu, maka spesifikasi komputer yang bakal dibeli mesti memenuhi keperluan tersebut. Jika tidak, saudara akan mengalami masalah untuk memainkan perisian terkini dan dianggap sebagai ketinggalan zaman. Kalau dirujuk spesifikasi minimum untuk menjalankan sistem operasi Windows 7, RAM yang digunakan mestilah sekurang2nya 2GB. Kad grafik dan storan cakera keras pula bergantung kepada tujuan penggunaan kita. Selain itu, faktor harga, baik buruk dan tujuan penggunaan perlu diambil kira.
Wednesday, August 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment