Monday, August 29, 2011

Dunia Internet Di TV

Dalam memuaskan nafsu manusia untuk mencapai teknologi dalam kehidupan berebut2 semua pengelur product teknologi ini untuk mendapat tempat dihati pengguna. Makin banyak yang dimahukan makin banyak yang dikeluarkan sehinggakan kadang2 pengguna sendiri keliru dengan semua itu dan bimbang akan mudah ditipu oleh teknologi itu sendiri. Bimbang satu masa nanti manusia semakin malas kerana teknologi dan manusia semakin bergantung kepadanya dalam menentukan arah hidup tanpa usaha.

Begitulah juga dalam dunia teknologi internet sekarang, bukan sahaja kita boleh layari internet dari cyber cafe sahaja malah di seluruh tempat mampu untuk mendapat capaian itu. Dahulu internet hanya dapat dilayari di PC atau laptop sahaja, dan mereka yang betul2 memerlukan internet perlu membeli peranti lebih mahal. Namun kini semua itu hanya di depan mata sahaja, teknologi TV dan internat memberi peluang pengguna menjelajah dunia tanpa sempadan ini dengan lebih cepat dan jelas di ruang yang lebih selesa.

Saiz TV ini lebih besar dan lebih selesa untuk mata pengguna memandang setiap sudut yang cuba dicari dan dicapai apa2 sahaja. Selain itu juga teknologi TV internet ini juga memberi lebih ruang sekeluarga bersama menikmati masa berharga bersama keluarga kerana semua perkara dapat dikongis bersama dan segala dapat dilihat bersama2. Di sini dapatlah keluarga mengawal segala yang dilakukan anak mereka dalam melayari internet di rumah kerana semua di depan mata. Sebenarnya teknologi ini ada baik dan ada buruk.

Namun dalam mengejar kecanggihan kebaikan harus lebih banyak daripada keburukan kerana ia akan memberi kesan kepada pengguna. Tapi kadang semua itu dipandang sepi dan juga tidak dipedulikan oleh sesetengah pengeluar dalam mencapai semua matlamat mereka. Termasuklah juga dalam menjaga dunia dari segala gangguan akibat daripada teknologi yang terlalu canggih ini. Sama2 kita renungkan. Dunia semakin maju, hendaklah kita berusaha seiring dengan arus kemodenan, kalo tak nanti kita ketinggalan :)

No comments: