Dari hari ke hari, semakin ramai yang mengenali Ubuntu dan kini Mark Shuttleworth mengumumkan di Ubuntu Developer Summit yang mana Canonical mensasarkan untuk mencapai lebih daripada 200 juta orang pengguna Ubuntu menjelang tahun 2015 kelak, sekaligus memberikan masa lebih kurang 4 tahun untuk mencapai angka tersebut. Ubuntu Developer Summit yang diadakan ini adalah untuk membincangkan mengenai Ubuntu keluaran seterusnya, iaitu Oneiric Ocelot yang mana disasarkan untuk dilancarkan pada 13 Oktober 2011 ini. Salah satu fokus utama pasukan pembangun, adalah termasuk dalam mempertingkatkan lagi Unity, dimana versi 2D dan juga OpenGL akan terdapat pada Ubuntu 11.10 kelak. Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui berapakah bilangan keseluruhan Ubuntu diseluruh dunia, dan ianya diperkatakan buat masa ini Ubuntu mempunyai lebih daripada 12 juta pengguna di seluruh dunia.
Tuesday, August 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment