Jari membengkak
Pasti ramai yang mengetahui sekiranya kita memakan makanan ringan yang masin boleh menyebabkan jari seseorang membengkak. Tetapi sekiranya jari anda membengkak dalam jangka masa yang panjang dan tidak surut, ia menunjukkan anda mungkin mengidap hipotiroidisme, yang bermaksud kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon yang secukupnya untuk tubuh anda berfungsi dengan baik. Hipotiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan keletihan, dan sekiranya ia ke tahap ekstrim ia juga boleh meyebabkan jantung seseorang untuk gagal berfungsi.
Tapak tangan gatal atau kemerahan
Ia menunjukkan bahawa anda mempunyai masalah penyakit kulit dan berkemungkinan akan menjadi lebih kronik sekiranya anda sedang stress. Untuk mencegahnya, cuba elakkan tangan anda daripada terkena bahan kimia yang berpotensi untuk menyebabkan allergik pada tangan seperti memakai sarung tangan ketika proses pembersihan atau berkebun. Jika ianya tidak membantu, kemerahan atau kegatalan mungkin berpunca daripada barang perhiasan anda seperti emas, silver, peralatan mekap dan sebagainya. Dapatkan nasihat doktor terhadap bahan kimia yang tidak bersesuaian dengan kulit anda dengan lebih lanjut.
Kuku harus berwarna putih apabila ditekan dan kembali ke merah jambu apabila dilepaskan
Jika kuku anda tetap putih untuk lebih dari satu minit, anda mungkin mengalami anemia atau kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan keletihan atau dalam kes2 serius, ia boleh menyebabkan masalah jantung. Untuk mengelakkan kekurangan zat besi, anda perlu memakan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak, bayam, sayur-sayuran yang berwarna hijau tua, kacang, bijirin, biji-bijian seperti kacang almond dan biji labu dan makanan yang mengandungi vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
Jari berwarna biru atau pucat
Ia adalah sebagai tanda isyarat anda mungkin mengidap penyakit Raynaud iaitu kejang pembuluh darah yang menyempitkan aliran darah ke jari dan akan menyebabkan deria rasa anda akan terhenti untuk seketika (Kebas). Ia kebiasaannya terjadi pada lima hingga sepuluh peratus daripada semua orang. Wanita adalah sasaran utama penyakit ini dan biasanya ia turut dipengaruhi oleh suhu yang sejuk atau stress. Penyakit ini tidaklah terlalu serius tetapi ianya akan menjadi serius sekiranya deria rasa anda terhenti lebih dari satu jam. Cara untuk mencegahnya adalah dengan elakkan daripada merokok, kurangkan pengambilan kafein, dapatkan senaman secara teratur untuk menguatkan jantung mengepam darah ke seluruh tubuh anda.
Perubahan warna kuku
Kuku anda mungkin berubah warna jika ianya telah rosak dan juga mungkin amaran awal terhadap penyakit diabetis (Kencing manis). Sistem pertahanan tubuh pesakit diabetis lebih mudah terganggu yang akan menyebabkan bakteria lebih mudah untuk merebak. Untuk mengelakkan diabetis anda perlu mengawal pengambilan gula di dalam aktiviti harian anda. Sekiranya kuku berubah warna disebabkan kerosakan, dapatkan rawatan manicure atau produk2 penjagaan kuku.

No comments:
Post a Comment