Saturday, August 27, 2011

2 + 1 Software Yang Cool

Semalam hujan turun. Bila hujan, suasana jadi sejuk. Jadi Hujan, Sejuk, Cool and Fabulous ! Intro yang agak merapu. Hmm, sebenarnya nak share sikit software yang cool dan wajib ada dalam komputer korang. Err, takdela sampai tahap wajib kot. Harus mungkin, haha.

1. Media Player Classic
Selalunya dalam komputer, ada Windows Media Player je kan ? Dan kadang2 ada video yang formatnya tak boleh dibuka kot WMP ni. So, macam mana kalo korang ter-download satu video B2ST ni dan videonya pulak dalam bentuk .flv. Bukak kat Windows Media Player tak boleh. Pastu mula la rasa tension dan bengang sebab tak boleh bukak video tu. Haa, Penah tak ? Penah tak ? Apa susah ? Download la Media Player Classic ! Senang tengok cite sebenarnye. MPC ni boleh bukak macam2 format video. Contoh jenis file yang dia support macam .avi, .mkv, .asf, .flv. Kalau nak senang, simpan codec dia dalam thumbdrive. Kalau ada video yang tak boleh bukak masa presentation ke ape, install je Media Player Classic ni. Download Media Player Classic. Tapi yang tak bestnya, dia tak support .rmvb file. So, korang kena download Real Player kalo nak tengok video yang formatnya .rmvb. Download Real Player.

2. Microsoft Security Essentials / MSE
Ape bendanya ni ? Haa, yang ni adalah satu antivirus yang diberikan secara PERCUMA oleh Microsoft. Toksah kuar duit nak beli Kaspersky Jackie Chan, Avast, Panda dan sewaktu dengannya. MSE ni support Windows XP SP2, Vista dan Windows 7. Status of your computer Tapi ingat, kalo nak download ni pastikan korang menggunakan Windows yang Genuine/original sahaja. Kalau yang Windows pirate, boleh jugak kot. Cuma jangan update Windows, takut dia dapat detect. Tapi, better download kalau korang guna Windows Genuine je sebab nanti dia ada update kalo ade internet connection. Download Microsoft Security Essentials.

3. Rocket Dock !
Kalo korang rase nak display komputer tu ala2 Apple, download la Rocket Dock ni. Boleh la korang belagak kejap rasa macam pakai MacBook walaupun korang takde iPhone. Pakai Rocket Dock ni, bestnya sebab senang nak bukak folder. Semua ada kat desktop, takyah susah2 tekan button Start. Dan lagi best, boleh tukar ikon2 tu ke ikon2 yang comel. Pastu bolehlah korang masuk contest desktop/laptop yang paling comel. Untung sabut timbul, untung desktop menang. Download Rocket Dock.

No comments: