Tuesday, July 19, 2011

The World's First Football Club

Sheffield Football Club merupakan kelab bola sepak yang didaftarkan pada 1857 dan telah mendapat pengiktirafan Fifa sebagai kelab bola sepak tertua di dunia. Berpangkalan di Sheffield, South Yorkshire. Kelab bola sepak Inggeris ini kini bermain di Northern Premier League Division One South. Semasa ditubuhkan pada tahun 1857, Ahli jawatankuasanya telah mengkaji pelbagai kaedah dan kod-kod etika sukan permainan bola sepak. Maka terhasillah Peraturan Sheffield yang ditulis lima tahun sebelum Persatuan Bola Sepak England (F.A) ditubuhkan pada 1863. Makanya Peraturan Sheffield ini telah menjadi asas peraturan bola sepak sehingga kini. Antara peraturan asas tersebut yang digunakan sehingga kini ialah palang gol, sepakan penjuru, sepakan percuma dan penerangan sempadan.

No comments: