Tuesday, July 19, 2011

Kajian Mengenai Google

Sikit2 tanya pakcik google dari ujung rambut sampai ujung kaki tanya google. Mesin carian internet seperti Google telah mengubah cara otak manusia mengingati maklumat, demikian menurut sebuah kajian terbaru yang dilakukan oleh para saintis. Seperti yang dikutip dariEconomic Times, Jumaat (15/7/2011), kajian tersebut mengatakan bahawa banyaknya maklumat yang tersedia saat ini di internet membuat orang menjadi mudah lupa, kerana komputer saat ini telah menjadi 'ingatan luaran' mereka.

Para penyelidik dari Harvard University dan Columbia University, mengatakan bahawa Google dan laman database seperti Amazon kini telah dijadikan 'memori luaran' oleh manusia, sehingga kemampuan memori dalam sendiri pun jadi kurang terasah. Kajian tersebut juga menyatakan bahawa kini orang lebih suka untuk mengingati perkara yang tidak boleh mereka dapati di internet. Selain itu, kajian tersebut juga menyebutkan bahawa orang saat ini lebih sukar mengingati perkara yang mudah mereka dapati di internet.

Semenjak hadirnya enjin carian internet, kita jadi menukar semula cara mengingati sesuatu, ujar Betsy Sparrow, psikologi dari Columbia University. Kebergantungan otak kita dengan internet untuk ingatan saat ini, sama besarnya cara otak berketergantungan pada ingatan akan teman dan keluarga, tambahnya. Selain itu, kajian tersebut juga mengungkap bahawa cara mengingati masyarakat saat ini adalah tempat di mana mereka menyimpan maklumat, berbanding isi dari maklumat itu sendiri.

Hasil kajian ini masuk ke dalam sebuah makalah berjudul 'Google Effects on Memory : Consequences of Having Information at Our Fingertips yang meruapakan ringkasan daripada empat uji cuba kepada para pelajar Harvard University dan Columbia University. Kajian ini juga diterbitkan dalam jurnal online Science.

No comments: