Monday, July 25, 2011

Friendly Comparative Religion

Belajar tentang agama lain, tidak menjadikan anda sesat tetapi memberi lebih keyakinan anda terhadap Islam. Persoalan-persoalan provokasi yang selalu digunakan orang-orang bukan Islam terhadap Islam demi menggoyahkan pendirian Muslim terhadap Islam sebenarnya mampu dijawab dengan mudah. Cuma bila kita tak belajar dan tak mahu belajar, itu yang menjadi masalahnya. Kini, Islam adalah agama yang haq, yakni benar. Banyak bukti-bukti yang boleh kita dapat untuk membuktikan Islam agama benar.

Entry ini bukan bertujuan untuk menjawab balik persoalan-persoalan bukan Islam, tetapi lebih kepada menambah keyakinan Muslim terhadap Islam sebagai agama yang benar. Kalau kita mahu melihat kebesaran Allah, kita boleh lihat di mana-mana sahaja sebenarnya. Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (Dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.

Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (Bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu ? Cuma manusia memang jarang mahu menerima tanpa bukti yang kukuh. Yang atheis dan free thinker mahukan bukti sains, yang kuat dengan pegangan agama mahukan bukti dari dalil-dalil. Terdapat bukti-bukti saintifik daripada Al-Qur’an. Memang sebelum ini, saya sedar akan kewujudan bukti-bukti saintifik dari Al-Qur’an cuma saya tidak pernah tahu ia setepat itu.

Satu contoh yang cukup mengesankan dalam diri ingin saya kongsikan di sini ialah tentang bentuk bumi. Seperti yang kita tahu, mengikut teori Christopher Columbus, bumi berbentuk sfera bukan ? Tapi baru-baru ini, kajian baru menunjukkan bumi berbentuk bukan sfera tapi geospherical, iaitu sedikit bujur. Namun pernah tak kita tahu yang Al-Qur’an yang diturunkan 1400 tahun dulu, sudah pun memperincikan bentuk bumi ni dengan tepat sekali. Dan bumi sesudah itu dihamparkan. Surah An-Nazi’at (79), ayat 30.

Dalam ayat ini, di hujungnya ada disebutkan perkataan dahaha. Bahasa Arab adalah bahasa yang unik kerana dalam satu perkataan, ada pelbagai maksud. Dan dalam ayat ini, kebiasaanya bila kita membaca terjemahan, ia akan diterjemah menjadi ‘dihamparkan’. Tetapi maksud sebenar dahaha ini ialah telur, tapi bukan sebarang telur, telur burung unta (Ostrich egg). Sungguh tepat sekali gambaran ini kerana memang bumi sebenarnya berbentuk bujur seperti telur burung unta.

Maka siapakah yang lebih mengetahui tentang sesuatu ciptaan kalau bukan Penciptanya ? Terlalu banyak bukti-bukti saintifik dalam Al-Qur’an. Namun, Al-Qur’an bukanlah ‘ The Book of Science’ tetapi ‘The Book of Signs’. Bukti-bukti ini bukan sekadar untuk mengagumkan manusia, tetapi sebagai petanda bahawa adanya pencipta yang agung, iaitu Allah SWT. Sentiasalah kita mencari-cari cinta dan redha Ilahi.

No comments: