Sunday, July 24, 2011

Menemui Browser Webian Shell

Konsep browser sebagai pengganti desktop adalah sesuatu yang sedang diusahakan selama ini oleh gergasi internet iaitu Google melalui Chrome OS manakala kita juga tidak lupa kepada Jolicloud yang menawarkan konsep berasaskan awan. Kini pemain baru muncul dengan sesuatu yang dinamakan Webian Shell dan ianya adalah dari Mozilla Lab, unit R&D kepada pembangun pelayar web Firefox. Namun begitu, seandainya Chrome OS adalah sistem operasi kepada sesebuah komputer, webian shell setakat ini hanya merupakan sebuah perisian yang dipasang di atas sesuatu sistem operasi dan ianya tidak mempunyai fungsi untuk mengawal apa-apa pada level hardware seperti mengawal bunyi, network, batery dan sebagainya. Dengan kata lain, webian shell hanyalah sebuah pelayar web berskrin penuh. Sekiranya anda berminat untuk mencuba webian shell ini, ianya boleh dipasang ke dalam mana-mana sistem operasi termasuk Windows, Mac OSX dan juga Ubuntu Linux. Fail pemasangan boleh dimuatturun di webian.org

No comments: