Korang semua suka senyum ? Tak kisah la senyum manis, senyum pahit, senyum kambing, senyum bermakna, senyum memikat atau apa sahaja jenis senyum. Saya jenis yang kadang2 murah dengan senyuman dan kadang-kadang lagi mahal dengan senyuman. Ikut mood, jjka saya pergi ke satu tempat yang baru, saya akan jadi seorang yang mahal dengan senyuman. Actually bukan sombong tapi saya trauma. Pernah satu kali tu saya beria senyum kat orang tu, lastly dia buat muka 'koya' jer. Malu saya ! Start dari hari tu saya menjadi seorang yang mahal dengan senyuman terutama dekat orang yang saya tak kenal. Tapi situasi berubah bila saya dah biasa dengan tempat baru. Bila dah murah dengan senyuman, mulut pun jadi ringan la nak bertegur-sapa. Masa saya baru2 masuk ITTAR dulu, saya ibarat macam kera sumbang. Masuk lab buat muka 'koya', buat2 kerja, pastu blah. Haram saya nak tegur budak2 dalam lab tu. Bukan saya sombong, tapi saya tak reti nak mulakan perbualan, huhu. Tapi lama2 biasa la. Moral of the story : Bila ada orang yang senyum kat korang, balas la balik senyuman tu. Kesion ouh orang yang tersenyum tu. Malu beb kalo senyuman kita tak berbalas :)
Sunday, July 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment