Rasanya rata2 pejabat kerajaan dan swasta dah lama membuat sekatan terhadap beberapa website yang dikatakan berpotensi tinggi melalaikan pekerjanya. Antaranya Facebook, Youtube dan YM. Terbaru giliran di opis saya yang mana pihak pengurusan telah mengeluarkan arahan bahawa beberapa laman website telah disekat bagi menghentikan aktiviti mendownload melalui File sharing. Bagi pandangan saya tak pelah rasanya mungkin ada baiknya juga sekatan ni dibuat. Apa yang penting jangan dia orang sekat untuk access irmanista.blogspot.com sudah, hehehe. Kalau di Malaysia kerajaan mengeluarkan arahan untuk menyekat 10 laman web dan kesannya beberapa pihak tidak berpuas hati dan telah mengodam beberapa website laman kerajaan. Tapi rasa2nya dekat opis saya ni ada yang berani ke nak godam firewall dekat opis ni dek gara2 kena sekat ni, hehehe. Kesian kaki2 download dekat opis saya ni, termasuklah saya, huhu. Macam mana dengan opis korang senasib dengan saya ke ?
Sunday, July 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment