Saturday, July 30, 2011

Perkara yang Mungkin Tidak Ramai Blogger Tahu

Bila bercakap tentang blogger, kebanyakkan blogger akan tahu sedikit sebanyak ilmu asas blogging. Paling tidak pun, cara upload gambar, letak widget, blogger² yang top dalam Malaysia, pengetahuan am tentang dunia blogging dan lain-lain berkaitan blogger. Kadang tu saya terpikir, apa yang kebanyakkannya blogger tidak tahu, tetapi mungkin ada sesetengah sahaja yang tahu. Jadi saya buat entri ini untuk korang bandingkan betul atau tidak. Kerana bukan hendak kata saya tahu banyak perkara, banyak sebenarnya yang saya tidak tahu. Dan mungkin banyak yang korang lebih tahu daripada saya. Jadi tidak salah rasanya kalau saya berkongsi sedikit pengetahuan yang saya bayangkan, apakah perkara yang mungkin kebanyakan blogger tidak tahu.

1. SEO dan SERP
SEO mungkin ramai yang tahu, iaitu Search Engine Optimization. Pelbagai trick yang ada untuk SEO ini. Tidak kira pengubahan kod html, keyword density, gambar, link dan pelbagai lagi. Apa kaitan dengan SEO dengan SERP ? SERP adalah Search Engine Results Page. SERP kalau dalam bahasa mudahnya adalah ranking blog/web anda di engin pencarian. Bermakna teknik SEO akan menentukan SERP blog/web di engin pencarian. Biasanya kalau SEO power, maka SERP juga akan tinggi.

2. Wordpress.org dan wordpress.com serta blogger.com
Ada 2 'tapak' untuk wordpress iaitu Wordpress.org dan wordpress.com. Bagi blogger yang menggunakan nama blogspot.com mungkin sedia tahu asasnya adalah blogger.com. Tetapi bagi wordpress, terdapat dua 'tapak' utama iaitu wordpress.org dan wordpress.com. Pengguna wordpress adalah lebih ramai berbanding blogspot. Dan jika diikutkan ranking untuk platform blogging, wordpress.org adalah ditempat pertama, blogger.com ditempat kedua dan wordpress.com di tempat ketiga.

3. PageRank
Pagerank penting untuk menentukan 'power' sesebuah blog/web. Paling rendah adalah sifar 0 dan paling tinggi adalah 10. Makin tinggi angka, makin powerlah sesebuah blog/web itu. Tetapi adakah anda berpikir 'pagerank' adalah bermaksud 'ranking halaman' ataupun yang hampir maksud dengannya ? Mungkin anda merujuk 'page' itu kepada blog ? Jika itu yang anda pikir, sebenarnya anda silap. Kerana 'Page' adalah nama salah seorang co-founder untuk google. Tidak kaitan page dengan 'halaman/blog'. Nama co-founder google ini adalah Lary Page, dan dialah yang bertanggungjawab 'mencipta' ranking untuk mengukur kekuatan website dan dinamakan sebagai PageRank bersempena dengan nama beliau, Larry Page.

Tiga senarai sudah cukup rasanya untuk saya listkan untuk entri ini. Kalau anda rasa ada benda yang anda baru tahu atau sudah lama tahu, dan mungkin anda rasa perlu juga bagitahu orang lain, apa kata kalau tinggalkan komen di bawah. Dapat juga update list yang ada ini. Kerana mungkin banyak lagi perkara yang saya tidak tahu, tetapi anda mungkin tahu. Jadi apa salahnya kalau berkongsi serba sedikit pengetahuan internet yang anda ada.

No comments: