Bagaimana untuk kenal sebuah blog itu adalah milik seorang perempuan ? Saya tahu memang senang je nak jawab benda ni. Tapi saya terasa pula hendak menaip entri. Saya rasa tajuk ini sesuai untuk baca sambil santai². (Ceh, bila masa pula saya pandai guna perkataan santai ni, ha3). Kalau blog perempuan ada letak gambar dia, ok kita boleh tahu sebab ada gambar, jadi tidak sukar untuk tahu. Kalau tiada gambar, maka kena lihat beberapa perkara yang memungkinkan blog tersebut adalah milik seorang perempuan. Penilaian adalah dibuat berdasarkan kepada 'secara umumnya diketahui'.
1. Template : Template adalah paling mudah untuk kenal secara umum pemilik sesebuah blog. Perempuan seperti yang diketahui suka kepada hiasan, bunga-bungaan, mickey mouse, hello kitty, warna-warna lembut seperti pink, biru cair, hijau, dan macam² la warna yang cair. Saya rasa paling biasa warna pink kot. Tetapi, kalau template berwarna warni yang teramat mengalahkan warna pelangi, pun juga milik seorang blogger perempuan.
2. Widget : Widget pun ada kaitan dengan perempuan. Bukan shoutbox, itu semua orang ada. Ini widget-widget hiasan, akuarium, pelihara hamster, kura-kura, panda, anak kucing, gambar gerak² kat bucu, pelangi, dan satu lagi fav sesetengah perempuan, tulisan warna warni dan juga link warna-warni.
3. Peringatan : Tahu peringatan bagaimana ? Ok saya bagi contoh, "Kalau tak suka blog saya, sila tutup dan pergi ke blog lain' atau juga ada macam ini, "Ini blog saya, dan hal saya, jika sesiapa tidak suka sila keluar dengan klik 'x' di sebelah kanan-atas browser anda" dan mungkin juga macam ini, " ini blog saya, saya punya hal nak taip apa, kepada yang nak baca silakan, kapada yang tak suka sila keluar"
4. Entri Luahan Perasaan : Ini paling senang nak cam. Kalau semua di atas tiada, tengok pada entrinya. Kalau sikit² luahan perasaan, sah perempuan. Nanti ada la tajuk entri yang seperti ini, " eee, geramnya aku".." kenapa orang dengki sangat kat aku", "orang lain pun bergaya juga, tapi tak la eksyen lebih" "kenapa orang lain dengki tengok aku gembira" contoh la, ha3
Rasanya itu dahulu basic nak kenal blog milik seorang permepuan. Kalau blogger2 perempuan rasa tak betul sila bagitahu ye. Blogger lelaki cam ne ek, template saya ada gaya lelaki ke ?

No comments:
Post a Comment