Saturday, July 2, 2011

Macam Mana Kita Nak Tahu Orang Tu Bagus ke Tak ?

Well, dalam hidup semua orang ingin dipuji, tetapi masih ada yang tidak suka dipuji, masih ada yang suka merendah diri, Alhamdulillah itu yang kita mau. Apa ada dengan pujian ? untuk membangga diri ? Mungkin betol, tapi bagi saya pujian itu bukan untuk bangga diri tapi untuk kita lebih berjaga jaga supaya tidak mendabik dada dengan apa yang kita ada. Ramai yang akan cakap, “biasala, aku kan hebat” bila diberi pujian, wahh, sungguh sombong anda.

Tak dinafikan, ramai jugak yang berkata “ermm..tak la, biasa biasa je” itu adalah orang yang saya paling respect, untuk apa bangga diri ? Macam mana nak tau orang tuh rasa diri dia bagus ke tak ? Ye, ada satu jawapan, bila kita memberi teguran dia tak pandang pon walaupon sedikit tak pernah hirau pon walaupon sekali, kenapa ? kerana dia rasa diri dia dah cukup bagus, dah tak perlu menerima kritikan dan teguran dari orang lain, adakah ini yang anda mau ? Seroiusly, saya tak terasa inginkan jadi seperti itu.

Teguran saya terima asalkan membina. Kalau rasa komen itu akan membuatkan orang sakit hati ngan kita, tak payah approve. Kalau teguran itu dengan memaki hamun, tak payah di approve jugak kerana itu mencemar kita punya blog. So biar kamu saja yang tahu dan faham apa yang ditulis, so ambil ikhtibar dan perbaiki dari masa ke semasa. Kadang kadang bila kita fikir sejenak, ada betol juga kata katanya, tapi kadang kadang tak boleh pakai, so ada akal fikir apa yang baik dan apa yang buruk. Biar kita tahu apa yang ingin disampai. Orang lain tak tau takpa, biar kita ngan dia je tahu apa sebenanya yang ingin disampaikan kan ?

No comments: