Saturday, July 2, 2011

Apakah Prinsip Bila Anda Berblogging ?

Bagi kebanyakkan orang, berblogging adalah untuk mencari kepuasan hidup, bercerita tentang hidup sendiri tapi lama2 dah taknak cerita pasal diri sendiri, then terfikir untuk jadikan blog ni sebagai mana sekarang ni. Melalui pandangan dan pemerhatian, melalu pengalaman hidup sendiri, kita buat entry untuk kesedaran kita sendiri. Kalau orang baca, orang boleh ambil pengajarannya. Prinsip berblog saya sekarang, setiap entry kita akan memberi kesan pada mereka. Kalau mereka berminat, mereka akan follow kita tanpa meninggalkan jejak, kita dapat lihat orang follow kita kerana entry atau kerana kita yang memaksa. Jadikan entry sebagai tarikan. bukan dengan cara meninggal jejak di shoutbox :) Makin lama berblogging, makin tau apa yang diinginkan. Kepuasan berblogging datang dari diri kita, keihklasan kita, visitor sementara bukan kepuasan diri yang sebenar ia hanya seketika dan esok akan kembali seperti biasa kan ? Setiap mereka yang bergelar blogger ada kelebihan mereka sendiri. Melalui pandangan, kita lihat dan ambil ikhtibar sendiri, kerana pengalamn hidup itulah, kita dapat belajar menjadi hebat !

No comments: