Eh, selalu la saya nampak link dia dimana². Pergi blog lain, dia lagi. Tengok komen pada blog orang lain pun banyak je komen yang datang daripada dia. Kat shoutbox pun, memang tidak tertinggal link dia. Pelik saya. Berapa jam dia online sehari ni ? Memang bagi seorang blogger samada tegar atau baru hendak berjinak-jinak, melakukan blogwalking adalah antara perkara yang 'mesti' dilakukan. Samada untuk membaca entri, meninggalkan komen di shoutbox dan lain². Tiada masalah dengan blogwalking ini, malah amat digalakkan.
Tetapi apabila saya selalu sangat ternampak link seseorang dalam dunia maya ini, satu persoalan yang singgah dipikiran saya. Berapa jam dia ni online sehari ? Ini kerana, berdasarkan keadaan saya sekarang, mungkin saya boleh online dalam 1jam atau lebih sedikit sahaja dalam sehari. Dan mungkin sebab itu korang jarang nampak aku kat blog orang lain, hahaha. Maaflah sebab bukan saya malas hendak blogwalking, tetapi terlalu sibuk untuk semua itu. Maklumlah pelajar tahun akhir kan, banyak kerja yang perlu dilakukan lagi² apabila hampir kepada hujung semester ini. ahaks..
Melihat kepada pelawat yang datang ke blog saya samada melalui komen ataupun link yang ditinggalkan, kadang tu terasa bersalah pula kerana tidak sempat untuk melawat korang semua. Buat masa sekarag masa blogwalking yang paling sesuai adalah sabtu dan ahad sahaja. Hari² lain hanya diisi untuk menaip entri dalam blog ini ataupun blog tutorial. Apabila tiba sabtu/ahad, mulalah saya 'selak' kembali halaman dalam shoubox dan juga komen² entri yang ada.
Apabila mengenangkan kepada mereka² yang begitu banyak masa yang ada untuk blogwalking, jeles ada juga, ha3. Tetapi antara perkara yang saya perasan, kebanyakan yang mempunyai banyak masa untuk melakukan blog walking ini adalah mereka2 yang bekerja. Betul atau salah saya tidak tahu la, tetapi saya rasa sudah betul kot. Nanti siapa yang bekerja tu boleh la komen sedikit ye. Kalau dalam keadaan sekarang saya hanya sempat untuk online/blogwalking dalam 1jam atau lebih dalam sehari, korang pula berapa jam online sehari ek ? Ada yang sampai 8 jam sehari untuk blogwalking ?

No comments:
Post a Comment