Saturday, July 30, 2011

6 Tips Untuk Semarakkan Dunia Blogging

Dunia maya merupakan salah satu lagi dunia ciptaan manusia. Dan terkandung dalam dunia maya adalah dunia blogging. Dunia blogging juga seperti dunia realiti, penuh dengan warna-warni. Bukan setakat template sahaja yang berwarna warni, sikap dan perlakuan pemilik dan pengunjung juga berwarna warni. Ada pelbagai ragam, ada pelbagai cara. Lain padang lain belalang, Lain orang lain ragam, Lain blog lain pandangan. Oleh kerana kepelbagaian dunia blogging ini, semestinya terdapat pelbagai perkara yang berlaku. Bagi sesetengah orang dunia blogging begitu menyeronokkan. Bagaimana untuk menjadikan dunia blogging ini sesuatu yang menyeronokkan ? Jom baca beberapa tips yang saya pikirkan sesuai untuk menyemarakkan lagi dunia blogging ini.

1. Baca entri dan komen perkara yang sepatutnya
Semestinya bagi pengunjung sesebuah blog bertujuan untuk membaca entri yang terkandung dalam blog tersebut. Samada entri personal, ataupun lain², biasakan untuk komen entri dengan perkara yang sepatutnya. Jangan pikir kalau kita terlibat sahaja baru hendak komen, kalau tidak terlibat pun boleh komen sama. Contoh, jika ada seorang blogger membuat entri berkaitan dengan percutiannya ke Pulau Tioman, kalau anda join sama mesti la banyak benda yang hendak dikomen bukan ? tetapi walaupun anda tidak join, apa salahnya kalau anda komen juga seperti wah ! bestnya tempat ni, rasa macam hendak pergi pula, ataupun 'aku pernah pergi tempat ni dulu, memang cantik pemandangan masa snokerling tu.

2. Komen, walaupun tidak kenal pemilik blog
Ini merupakan sedikit lanjutan dari point 1. Ada sesetengah orang yang hanya komen pada blog kawan-kawan. Kenapa tidak komen pada entri orang yang lain juga. Sambil² blog walking, apa kata selain dari tinggalkan link pada shoutbox, anda juga komen pada entri beliau sepatah dua. Lagipun, dengan komen pada entri orang yang anda tidak kenal, selain dapat menggembirakan pemilik blog, anda juga dapat menambah kenalan maya anda. Dengan komen juga, seseorang dapat menilai anda, walaupun tidak sepenuhnya betul. Ini kerana gaya komen dan juga idea yang anda lontarkan juga boleh menggambarkan bagaimana personaliti seseorang itu. Cara ini lebih baik untuk anda dikenali berbanding anda meletakkan gambar seksi anda diblog dengan tujuan orang teruja kepada anda.

3. Jangan terlalu silent reader
Menjadi silent reader tidak salah sebenarnya. Tetapi jangan terlalu silent reader. Maksud disini, contoh jika anda suka melawat 100 blog, takkan kesemuanya anda hendak menjadi silent reader bukan ? Boleh dikatakan setiap blog ada silent reader samada yang betul² silent dan ambil kisah dan pengetahuan, ataupun silent reader yang berbentuk musuh yang ingin memerhati gerak geri lawannya. Dan juga ada ketikanya silent reader ini mempunyai pandangan yang bernas tentang sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh seseorang blogger, tetapi oleh kerana statusnya adalah silent reader, pandangan itu tidak diketahui oleh blogger/pengunjung lain, walhal mungkin pandangan itu sangat bermakna.

4. Jangan terlalu beremosi apabila membuat entri
Jangan terlalu beremosi ini sukasaya merujuk kepada blogger perempuan kerana saya tengok selalu blogger perempuan ini beremosi sehingga mewujudkan pergaduhan dalam dunia maya. Orang lain hendak menyemarakkan dunia blogging ini secara positif, bukannnya cara negatif. Perempuan memang tidak boleh lari dari dikuasai oleh emosi dan kecenderungan mereka untuk bercerita kepada kawan-kawan ataupun menaip dalam blog apa yang mereka rasa. Tetapi apa salahnya kalau menaip entri yang beremosi tetapi jangan sebut siapa yang anda benci dan jangan la pula letak gambar 'musuh'. Kerana keadaannya akan berbalik semula. Dan jika emosi anda sudah reda, apa kata kalau delete entri yang 'terlalu beremosi' itu.

5. Bina rangkaian blogger, berkawan dalam dunia maya
Point no-5 ini adalah sebaliknya bagi point no-4. Semestinya untuk menyemarakkan sesuatu perkara perkara yang penting adalah perhubungan tidak kira la anda berinteraksi dalam dunia nyata atau dunia maya. Malahan dunia maya ini anda boleh berkawan walaupun anda tidak pernah berjumpa dengan orang tersebut. Banyak perkara yang boleh tolong menolong antara blogger2 lain. Tidak semestinya anda kena berkawan dengan semua blogger yang ada di Malaysia ini, tetapi cukuplah setakat mana yang anda rasa anda mampu berkawan. Dan pada masa yang sama jangan diabaikan kawan yang berada dalam dunia yang nyata.

6. Kalau hendak tegur, biarlah berhemah
Semestinya tidak semua perkara anda suka atau anda setuju. Mungkin pada anda perkara itu tidak betul, tetapi bagi sebelah pihak lain betul. Jadi apabila berlaku percanggahan, komen atau tegur dengan cara berhemah. Contoh, jika ada sesebuah entri yang dilihat mengutuk blogger, antara komen/teguran yang sepatutnya adalah Cara paling sopan : awak, saya rasa awak tak patut buat entri macam tu sebab ...bla..blaa.bla.. Cara biasa : eh, ko jangan la kata macam tu pula., sebenarnya blogger ini..bla..bla..bla.. Cara tidak bagus : woi syaitan, ko ni bodoh ke apa kutuk blogger lain. perangai macam sial..bla..bla.. Kalau anda perhatikan, walaupun ketiga-tiga komen/teguran ini membawa kepada satu maksud iaitu tidak bersetuju, tetapi keadaan berbeza untuk komen pertama, kedua dan ketiga. Komen pertama dan kedua boleh membawa kepada pebincangan dan perdebatan yang sihat, tetapi komen jenis ketiga hanya akan menambahkan lagi kekeruhan yang ada.

Menjadi seorang blogger kadang kala bukanlah semudah yang disangka. Juga ada rintangan dan cabaran walaupun bukan dihadapi secara berdepan. Tetapi penting untuk mewujudkan satu ruang yang selesa untuk semua orang. Dengan wujudnya keadaan yang selesa/positif, dunia blogging akan terus berkembang dengan keadaan yang positif, Dan dengan mengelakkan perkara2 negatif, semua orang dapat menyemarakkan dunia blogging ke arah yang lebih baik. Siapa yang menentukan hala tuju yang baik untuk dunia blogging ? Kita semua, Happy Blogging.

No comments: