Sunday, July 10, 2011

Kelebihan Google Translate

Malam ni saya nak kongsi dekat korang semua bagaimana untuk menterjemah sesuatu bahasa yang anda tidak mahir untuk memahaminya. Sebagai contoh karangan dalam bahasa inggeris dapat diterjemah dalam bahasa melayu tidak sampai 5 minit pun. Bagaimana untuk melakukannya ? Buat masa sekarang ni, Google telah menghasilkan satu aplikasi berasaskan web dengan membolehkan kita menterjemah pelbagai bahasa dengan cepat dah mudah. Hanya copy paste @ taip sahaja di ruang yang disediakan dengan sepantas kilat terjemahan diberikan di side bersebelahan. Aplikasi yang dinamakan dengan Google Translate sangat mudah dan senang bagi yang kurang mahir dalam memahami bahasa inggeris. Walaupun terjemahan bukan 100% dalam ayat yang tersusun, tetapi sekurang-kurangnya kita mampu memahami mesej yang hendak disampaikan kepada kita. Ingin mencuba boleh masuk ke link Google Translate ni.

No comments: