Hari ni saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sepanjang saya buat blogwalking waktu saya takda buat apa2 entri. Cerita saya kali ni ialah "Bagaimana menghargai pengunjung Blogwalking kita", apa kaedah korang buat jika pengunjung membuat blogwalking didalam blog anda. Saya berpegang pada satu perinsip iaitu buat baik dibalas baik & buat jahat dibalas jahat, tapi kebiasaaanya saya tetap buat baik jugak, huhu. Maksudnya kalau kita rajin membuat blogwalking ke blog2 sahabat kita, insyaallah rakan2 kita tidak kedekut untuk melawat kita kembali sambil baca entri kita. Apa perasaan korang kalau entri yang kau orang buat panjang berjela yang mengharapkan ada pembaca dan pengomen yang datang, tetapi sebaliknya, tentu kecewakan. So korang cuba buat satu entri yang boleh menarik minat pengunjung nak baca dan nak komen. Seperkara lagi apa yang saya buat untuk menghargai pengunjung blog saya ialah mana2 yang tinggalkan komen dalam ruangan shoutbox tu akan saya lawati semula semuanya yang meninggalkan jejak disitu dalam tempoh 24 jam yang lepas. Bermakna jika komen terakhir dalam shoutbox tu jam 9.00 pagi maka semua pengunjung dari jam 9.00 pagi semalam akan saya lawati semula. Itu cara yang saya guna untuk menghargai pengunjung blogwalking saya. korang pulak macam mana ?
Sunday, July 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment