Friday, July 8, 2011

Juventus Football Club, Kelab Bola Sepak Kesayangan Italy

Juventus adalah kelab bola sepak professional yang paling dicintai di Italia dan di antara kelab2 penting di dunia. Terdapat sekitar 12 juta penyokong kelab tersebut di Italia yang tersebar di seluruh wilayah. Juventus adalah pasukan favourite di 11 wilayah. Di dunia, terdapat lebih dari 170 juta pendyokongnya, yang kebanyakan berlokasi di Timur Jauh (Lebih kurang sekitar 100 juta). Di Europa sendiri terdapat sekitar 43 juta penyokong Juventus. Tujuan pertama dan paling utama dari Juventus adalah untuk memberikan sumbangan terbesar dalam hal bola sepak Italy

Mempunyai peranan penting dalam dunia bola sepak dan melanjutkan tradisi kemenangan yang telah diperoleh dalam 100 tahun sejarah kejayaan kelab. Tujuan ini dikejar mengikuti peraturan2 yang ketat, yang diputuskan agar Kelab melalui landasan kod etika yang harus diterapkan oleh seluruh Lembaga Pengarah dan pemegang2 saham. Di antara prinsip2 dasar tersebut, keinginan untuk memajukan bola sepak Italy dan untuk menyatukan pemain secara professional dan mengurus perniagaan dalam sepak bola dengan etika dan peranan sosialnya.

Mempertahankan ciri khas yang harmoni dengan tradisi Kelab, bersama dengan penghargaan tertinggi kepada para penyokong mereka dan kepada semua peminant Juve pada khususnya. Juventus, sebagai sebuah perusahaan yang sahamnya terdapat di dalam Bursa Saham Italy. Mempunyai beberapa kewajiban kepada para pemegang sahamnya. Mereka ingin mempertahankan dan membangun sebuah hubungan berdasarkan kepercayaan.

Tujuan dari Kelab ini termasuklah meningkatkan nilai jual perniagaan mereka menjadi sebuah organisasi sukan kelas atas dan mempelajari dan menjalankan projek untuk memperluas aktiviti2 Kelab. Sejak 1 Julai 2008, Juventus F.C. telah menerapkan sebuah Safety Management System dalam rangka menyesuaikan dengan aturan internasional OHSAS 18001:2007. Safety Management System tersebut adalah sebuah alat yang telah dipilih Kelab untuk memastikan bahawa semua hal2 berkaitan pengurusan kelab dan para pemain dapat diuruskan dengan baik mengikut prinsip2 tradisi bola sepak Italy.

No comments: