Bintang bola sepak Jepun semasa Piala Dunia 2010, Keisuke Honda dikhabarkan akan berpindah ke salah sebuah kelab terbesar Itali, Juventus. Kelab yang berpengkalan di Turin itu sudah berunding dengan CSKA Moscow untuk mendapatkan Honda. Menurut jurucakap Juventus perkara itu akan selesai dalam sedikit masa lagi. Honda juga dilihat seperti berminat untuk bermain di Itali kerana ada menyebut beberapa nama pemain jepun yang berjaya bermain disana antaranya ialah Hidetoshi Nakata dan Yuto Nagatomo dalam satu temubual. Yuran perpindahan pemain tengah jepun itu dijangka sekitar €10 million, dan jika perbincangan berjaya antara 2 kelab tersebut, Honda akan terus ke Itali selepas kembali bercuti di Jepun.
Friday, July 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment